Leksem penerang dalam nama haiwan mengikut domain leksikal

Makna asal yang terkandung dalam sesuatu nama biasa haiwan menjadi semakin kabur dan sukar untuk difahami. Usaha menentukan penggunaan yang lazim bagi perkataan atau leksem dalam nama biasa haiwan juga sangat sukar. Pada masa yang sama, nama biasa haiwan tidak mempunyai set aturan atau rumus stand...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rifin, Muhammad Nasri
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/66981/1/FBMK%202017%2014%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makna asal yang terkandung dalam sesuatu nama biasa haiwan menjadi semakin kabur dan sukar untuk difahami. Usaha menentukan penggunaan yang lazim bagi perkataan atau leksem dalam nama biasa haiwan juga sangat sukar. Pada masa yang sama, nama biasa haiwan tidak mempunyai set aturan atau rumus standard. Hal ini menyebabkan usaha penyeragaman nama biasa haiwan sangat sukar untuk dilakukan.Oleh itu, berdasarkan permasalahan ini, satu kajian telah dirangka dengan matlamat khusus untuk mengelaskan leksem penerang dalam nama biasa haiwan mengikut domain leksikal berdasarkan korpus; menganalisis kekerapan leksem penerang dalam nama biasa haiwan mengikut domain leksikal berdasarkan korpus; dan merumuskan susunan leksem penerang dalam nama biasa haiwan mengikut domain leksikal berdasarkan korpus. Dalam usaha mencapai ketiga-tiga objektif tersebut, sebanyak 4960 leksem penerang mudah yang terdapat pada acuan nama biasa haiwan bahasa Melayu telah dikumpulkan dalam Pangkalan Data Leksem Penerang Mudah (LPM).Dengan bersandarkan pada model Funtional-Lexematic, pendekatan korpus asas dan pendekatan corpus-based serta aplikasi kaedah pengekodan, leksem penerang mudah dalam Pangkalan Data LPM ini telah dikelaskan mengikut domain leksikal. Hasil dapatan daripada pengelasan menunjukkan bahawa leksem penerang mudah dalam acuan nama biasa haiwan bahasa Melayu ini dapat dikelaskan dan dikategorikan mengikut 105 domain leksikal. Kemudian, dengan bersandarkan pada pendekatan korpus asas, penggunaan perisian WordSmith 5.0 secara interaktif dan aplikasi kaedah statistik deskriptif, kekerapan leksem penerang mudah dalam acuan nama biasa haiwan ini telah dianalisis mengikut domain leksikal. Hasil dapatan daripada analisis menunjukkan bahawa dalam acuan nama biasa haiwan, kekerapan taburan leksem penerang mudah bagi keseluruhan domain leksikal adalah sebanyak 4960 taburan; kekerapan variasi leksem penerang mudah bagi keseluruhan domain leksikal pula adalah sebanyak 1125 variasi; dan semua nilai kekerapan leksem penerang mudah dalam semua domain leksikal menunjukkan nilai positif. Akhir sekali, dengan bersandarkan pada pendekatan korpus asas, pendekatan corpus-driven dan domain leksikal yang berwibawa, struktur dan susunan leksem penerang mudah dalam acuan nama biasa haiwan bahasa Melayu telah dirumuskan mengikut domain leksikal. Hasil dapatan daripada perumusan yang dilakukan mendapati bahawa terdapat 566 corak atau rumus susunan leksem penerang mudah mengikut domain leksikal dalam nama biasa haiwan bahasa Melayu. Secara umumnya, hasil kajian tentang leksem penerang dalam nama biasa haiwan mengikut domain leksikal berdasarkan korpus ini dapat menjadi rujukan dan panduan yang baik khususnya kepada para penyelidik dalam bidang zoologi, penterjemah, pakar peristilahan, pakar komputer dan pakar konservasi serta pencinta alam dalam mencari penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pemahaman dan perancangan nama biasa haiwan.