Budaya ketara dalam teks Sulalatus Salatin dan Misa Melayu

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji budaya ketara dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional yang berfokus kepada dua buah teks historiografi, iaitu Sulalatus Salatin dan Misa Melayu, bersandarkan kepada beberapa permasalahan yang timbul. Masalah ini timbul akibat lambakan kajian kebud...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jaffar, Siti Rabiatul Adawiyah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67392/1/FBMK%202017%2059%20%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji budaya ketara dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional yang berfokus kepada dua buah teks historiografi, iaitu Sulalatus Salatin dan Misa Melayu, bersandarkan kepada beberapa permasalahan yang timbul. Masalah ini timbul akibat lambakan kajian kebudayaan dalam teks historiografi dianggap kurang memberi impak. Hal ini demikian kerana, kajian terbabit masih berfokus kepada perkara yang sama, iaitu berkait dengan aspek politik, ekonomi dan sosial. Tambahan pula, kajian budaya ketara menerusi teks terbabit juga menimbulkan pelbagai reaksi yang akhirnya mencetuskan polemik. Hal ini melibatkan keupayaan teks historiografi seperti Sulalatus Salatin dan Misa Melayu dalam mengutarakan budaya ketara masyarakat Melayu. Oleh hal demikian, penelitian ini akan bertumpu kepada tiga objektif, iaitu mengklasifikasikan jenis-jenis budaya ketara dalam teks Sulalatus Salatin dan Misa Melayu, menjelaskan fungsi dan kesan budaya ketara terhadap masyarakat Melayu sebagaimana yang terdapat di dalam teks Sulalatus Salatin dan Misa Melayu serta merumuskan keupayaan teks Sulalatus Salatin dan Misa Melayu dalam memanifestasikan budaya ketara masyarakat Melayu. Kaedah kajian ini bertumpu kepada kajian kualitatif dengan pengaplikasian teori kebudayaan Malik Bennabi, bersandarkan kepada empat unsur utamanya, iaitu prinsip moral, estetika, logik kerja dan teknologi. Hasil penelitian, didapati bahawa teks Sulalatus Salatin dan Misa Melayu terkandung budaya ketara yang dapat mengungkap perihal kedinamikan budaya, menerusi hubungannya dengan alam, agama dan kepercayaan serta pandangan hidup masyarakat sekali gus memperlihatkan jalinan antara hubungan antara aspek material dengan nilai. Hal ini mewujudkan kepentingan budaya ketara sebagai wadah pembentuk peradaban dan pembangunan Melayu. Dengan itu, jelas bahawa teks historiografi Melayu seperti Sulalatus Salatin dan Misa Melayu mampu mengungkap perihal budaya ketara dalam kalangan masyarakat Melayu, seterusnya mengangkat teks tersebut sebagai karya yang kaya dengan pelbagai maklumat berkaitan kebudayaan, termasuklah budaya ketara dalam mengetengahkan pencapaian masyarakat bagi membentuk peradaban dan pembangunan bangsa Melayu.