Kesan perkongsian maklumat kesihatan dan kadar pencarian maklumat kesihatan terhadap perubahan tingkahlaku kesihatan ibu bapa

Perkembangan pelbagai jenis laman sesawang di Internet yang menyediakan perkhidmatan berkaitan kesihatan, memudahkan maklumat untuk dicari, difahami dan dihasilkan semula oleh berjuta pengguna Internet di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, pencarian maklumat di Internet di Malaysia adalah lebih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Hadi, Siti Nur Izyandiyana
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67394/1/FBMK%202017%2058%20%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan pelbagai jenis laman sesawang di Internet yang menyediakan perkhidmatan berkaitan kesihatan, memudahkan maklumat untuk dicari, difahami dan dihasilkan semula oleh berjuta pengguna Internet di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, pencarian maklumat di Internet di Malaysia adalah lebih menjurus kepada hiburan, politik dan juga sukan tetapi tidak terfokus kepada maklumat kesihatan. Perlindungan kesihatan seperti pencegahan penyakit berjangkit, dadah, pemakanan dan sebagainya adalah masih di tahap yang membimbangkan. Oleh itu, tahap perlindungan penyakit dapat ditingkatkan dengan adanya perkongsian maklumat kesihatan dalam keluarga. Malah, perkongsian maklumat kesihatan yang dijalankan dengan efektif akan mengubah tingkahlaku kesihatan mereka. Dengan menggunakan Teori Model Pencarian Maklumat melalui Perantara Komputer dan Teori Model Perubahan Tingkahlaku Transteoretikal, kajian ini melihat perhubungan antara amalan pencarian maklumat kesihatan di Internet dan perkongsian maklumat tersebut dalam kalangan ibu bapa di Malaysia dengan perubahan tingkahlaku kesihatan. Sebanyak 400 orang responden yang tinggal berhampiran akses kesihatan dan Internet terlibat dengan kajian ini. Hasil kajian mendapati, faktor maklumat menyumbangkan 2.2% varians terhadap pencarian maklumat kesihatan bagi sejumlah 400 orang responden kajian ini. Ini bermakna faktor maklumat merupakan peramal utama yang menyebabkan ibu bapa mencari maklumat kesihatan melalui Internet. Selain itu, pembolehubah kovariat iaitu perkongsian maklumat kesihatan memberi kesan yang signifikan terhadap perkaitan antara pola pencarian maklumat kesihatan dengan tiga aspek perubahan tingkahlaku kesihatan, iaitu amalan gaya hidup, amalan pemakanan dan amalan pencegahan dan perlindungan kesihatan. Oleh itu, pencarian maklumat kesihatan akan lebih berkesan terhadap perubahan tingkahlaku kesihatan dengan adanya perkongsian maklumat kesihatan dalam kalangan ibu bapa.