Respon murid terhadap aktiviti kemahiran mendengar bahasa Arab di sebuah sekolah rendah agama, Kuala Lumpur, Malaysia

Mendengar merupakan satu kemahiran berbahasa paling penting dan terawal wajib dikuasai oleh murid pada peringkat permulaan pembelajaran. Namun, dalam konteks pembelajaran di dalam bilik darjah, kepentingan kemahiran ini kurang diberi penekanan yang sewajarnya oleh para pendidik dan murid kuran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamaruddin, Nur 'Ashikin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67398/1/FBMK%202017%2053%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mendengar merupakan satu kemahiran berbahasa paling penting dan terawal wajib dikuasai oleh murid pada peringkat permulaan pembelajaran. Namun, dalam konteks pembelajaran di dalam bilik darjah, kepentingan kemahiran ini kurang diberi penekanan yang sewajarnya oleh para pendidik dan murid kurang memberi respon terutamanya dalam pembelajaran melibatkan aktiviti bagi kemahiran ini. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti respon murid terhadap aktiviti kemahiran mendengar yang dijalankan sewaktu pembelajaran Bahasa Arab, mengenalpasti jenis-jenis aktiviti kemahiran mendengar yang sesuai dan menarik dalam pembelajaran murid dan kesan aktiviti kemahiran tersebut terhadap pemahaman mereka semasa proses pembelajaran bahasa Arab di dalam kelas. Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan 19 orang murid tahun enam dari salah sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) di bandar Kuala Lumpur. Aktiviti kemahiran mendengar yang dilaksanakan ini merangkumi dua tahap; iaitu tahap perkataan (word level) dan tahap ayat (sentence level) bersesuaian dengan sukatan pelajaran bahasa Arab tahun 6. Data diperolehi melalui tiga (3) kaedah; iaitu pemerhatian berstruktur, temubual dengan murid dan guru dan analisis dokumen daripada hasil penilaian lembaran kerja murid. Hasil kajian membuktikan bahawa respon murid terhadap aktiviti kemahiran mendengar adalah positif dan sangat memberangsangkan. Ini dibuktikan melalui hasil dapatan kajian yang menunjukkan respon positif murid itu ditonjolkan melalui perasaan, sikap dan tingkahlaku serta kefahaman mereka terhadap aktiviti kemahiran mendengar yang dijalankan oleh guru di dalam kelas. Manakala aktiviti yang sesuai dan digemari oleh murid ialah aktiviti yang berbentuk psikomotor, mencabar minda, menguji IQ dan menggunakan gambar. Melalui hasil kajian ini, aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesan terhadap kefahaman murid dari segi penguasaan perkataan, dapat mengingat dengan mudah dan cepat. Kajian yang dijalankan ini telah dapat membuktikan akan kepentingan aktiviti kemahiran mendengar terhadap murid sekolah rendah dapat mengubah respon murid daripada pasif kepada aktif dan dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap tajuk yang diajar dengan lebih baik.