Implikatur dalam manuskrip Megat Terawis

Penggunaan implikatur seperti bahasa kiasan, peribahasa, simpulan bahasa sangat berkait rapat dalam masyarakat Melayu lama dalam menyampaikan teguran, arahan atau sindiran tanpa menjatuhkan air muka pendengar. Walaupun kajian tentang implikatur telah banyak dijalankan oleh pengkaji sebelum ini...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hamat, Haliza
格式: Thesis
語言:English
出版: 2016
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67410/1/FBMK%202017%2042%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penggunaan implikatur seperti bahasa kiasan, peribahasa, simpulan bahasa sangat berkait rapat dalam masyarakat Melayu lama dalam menyampaikan teguran, arahan atau sindiran tanpa menjatuhkan air muka pendengar. Walaupun kajian tentang implikatur telah banyak dijalankan oleh pengkaji sebelum ini namun ia lebih tertumpu kepada beberapa disiplin ilmu sahaja seperti wacana iklan atau akhbar berita. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengisi lompang kajian tentang pengkajian ilmu pragmatik dalam manuskrip lama iaitu manuskrip Megat Terawis (MSS130) yang berbentuk skrip drama pentas. Tujuan kajian ini djalankan ialah untuk mengenal pasti unsur ayat yang mengandungi implikatur dan seterusnya menjelaskan penggunaan implikatur yang terdapat dalam manuskrip Megat Terawis mengikut Teori Relevans. Sebelum dianalisis, manuskrip ini telah ditransliterasikan terlebih dahulu dan seterusnya beberapa contoh dialog dipilih secara rawak bebas. Contoh-contoh implikatur ini seterusnya dianalisis untuk melihat penggunaannya oleh pengarang dan dihuraikan dengan menggunakan Teori Relevan yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1995). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengarang banyak menggunakan ayat berbentuk implikatur dalam dialog untuk menyampaikan sindiran, kiasan dan amaran. Pemilihan ayat jenis ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada pendengar tanpa menjatuhkan maruah pendengar. Pemilihan ayat yang bersesuaian mengikut konteks latar dalam manuskrip ini secara tidak langsung menggambarkan kesantunan yang dimiliki oleh watak-wataknya. Berdasarkan kajian ini didapati bahawa maklumat yang disampaikan oleh penutur dapat difahami dengan baik oleh pendengar kerana ia banyak berkisar tentang budaya dalam konteks masyarakat Melayu setempat. Keseluruhan hasil kajian mendapati bahawa kos proses maklumat dalam MT adalah rendah kerana manuskrip ini merupakan skrip drama pentas yang yang perlu dipersembahkan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Maka, maklumat yang hendak disampaikan perlulah jelas dan mudah difahami sama ada oleh pendengar atau penonton.