Kesetandingan makna terjemahan berkomputer Arab-Melayu
Kajian ini merupakan satu kajian perbandingan teks antara bahasa Arab dengan bahasa Melayu yang bertujuan mencari makna setanding untuk dijadikan model terjemahan. Kajian ini timbul berikutan masalah kualiti terjemahan yang ditawarkan oleh mesin terjemahan Google ditambah pula dengan faktor ke...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67437/1/FBMK%202017%2026%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini merupakan satu kajian perbandingan teks antara bahasa Arab dengan
bahasa Melayu yang bertujuan mencari makna setanding untuk dijadikan model
terjemahan. Kajian ini timbul berikutan masalah kualiti terjemahan yang ditawarkan
oleh mesin terjemahan Google ditambah pula dengan faktor ketiadaan mesin
terjemahan yang efektif yang dapat membantu usaha penterjemahan buku Arab ke
bahasa Melayu. Kajian ini mengfokuskan kepada mengenal pasti data-data korpus
Arab-Melayu setanding yang wujud dalam talian terbuka. Data-data ini
dikumpulkan, diklasifikasikan dan dinilai mengikut tahap makna kesetandingan.
Kajian terjemahan berkomputer ini akan memanfaatkan data-data korpus terbuka
yang ditawarkan oleh perkhidmatan atas talian dan laman sesawang seperti perisian
korpus Google, Webcorp, arabiCorpus dan Pangkalan Data Bahasa Melayu DBP.
Metode pencarian data setanding akan menggunakan kaedah pencarian korpus
setanding (comparable corpora) cerita sama dan cerita berkaitan yang diperkenalkan
oleh Aker dan rakan-rakan (2012). Dapatan data-data setanding kemudiannya dinilai
berdasarkan lima aras kesetandingan (equivalence) Baker (1992) iaitu aras perkataan,
gabungan perkataan, aras tatabahasa, aras tekstual dan aras pragmatik. Mutu setiap
tahap lima kesetandingan ini seterusnya dinilai terdasarkan tiga level Guidere (2002)
iaitu Kesetandingan Kuat (KK), Kesetandingan Sederhana (KS) dan Kesetandingan
Lemah (KL). Di peringkat akhir, data-data yang berada dalam tiga level Guidere
akan dirumus untuk melihat nilai terjemahannya berdasarkan kaedah sama entiti dan
sama peristiwa seperti yang diperkenalkan oleh Richard Sproat, Tao Tao dan
ChengXiang Zhai (2006). Hasil daripada proses penapisan ini, banyak data yang
setanding boleh dikategorikan mempunyai nilai kesetandingan makna terjemahan
Arab-Melayu, bahkan boleh dijadikan model terjemahan yang bermutu kepada
pelajar atau penterjemah amatur yang mengambil kursus terjemahan atau bahasa
Arab di peringkat pengajian tinggi. Kajian ini diharap akan dimanfaatkan sebagai
data leksikal untuk leksikografi Arab-Melayu dan pembinaan korpus setanding Arab-
Melayu yang lebih besar pada masa akan datang. |
---|