Bahasa sindiran dalam ujaran video blog

Kajian ini dilakukan untuk menganalisis bahasa sindiran yang terdapat dalam ujaran Mat Luthfi. Bahasa sindiran merupakan satu bentuk kata yang mempunyai makna yang tersirat. Makna yang tersirat ini menyukarkan penginterpretasian makna sesuatu ujaran (Mustafa Atan, 2010). Dalam kajian ini, peny...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd A. Rashid, Siti Norsyahida
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/67864/1/FBMK%202016%2081%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk menganalisis bahasa sindiran yang terdapat dalam ujaran Mat Luthfi. Bahasa sindiran merupakan satu bentuk kata yang mempunyai makna yang tersirat. Makna yang tersirat ini menyukarkan penginterpretasian makna sesuatu ujaran (Mustafa Atan, 2010). Dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan tiga objektif, iaitu mengenal pasti kekerapan jenis bahasa sindiran, menghuraikan penggunaan paralinguistik dari segi penyampaian bahasa sindiran dan untuk menganalisis makna tersirat dari aspek pragmatik dalam ujaran Vlog Mat Luthfi. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dan berbentuk kualitatif bagi menghuraikan makna tersirat dalam penggunaan bahasa sindiran. Kerangka Teori dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan Kerangka Keraf (2007), Kerangka Bloch & Trager (1942) dan Teori Relevans (1986) yang dipelopori oleh Sperber & Wilson. Teori ini memberi penekanan kepada bahan kajian yang dikaji, iaitu merupakan video yang dihasilkan oleh vlogger Mat Luthfi yang diperoleh daripada laman sesawang YouTube, iaitu dari tahun 2011 hingga tahun 2014. Ujaran yang mengandungi makna tersirat ini telah ditranskripsikan daripada bentuk lisan kepada bentuk penulisan. Pemilihan data dibuat berdasarkan kepada ketiga-tiga jenis bahasa sindiran, iaitu ironi, sarkastik dan sinisme. Penggunaan bahasa sindiran ini bertujuan untuk menyampaikan mesej tertentu. Justeru, teguran yang betul dilakukan dengan menggunakan bahasa yang tersirat. Walau bagaimanapun, sindiran akan berjaya diterima sekiranya pihak yang ditujukan itu memahami mesej yang terdapat dalam sindiran tersebut. Dapatan kajian mendapati sebanyak 84% kekerapan penggunaan jenis sinisme, 10% jenis ironi dan 6% jenis sarkastik. Menerusi aspek paralinguistik, terdapat penggunaan intonasi suara dalam sindiran jenis ironi, sarkastik dan sinisme. Manakala, dari aspek pragmatik, terdapat kajian makna berdasarkan konsep konteks, kesan konteks dan kos proses, iaitu bagi mendapatkan makna yang relevan. Berdasarkan hasil kajian, ujaran Vlog menepati ketiga-tiga teori tersebut. Ujaran yang dituturkan oleh Mat Luthfi mempunyai makna yang tersirat dan mengandungi unsur sindiran.