Refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger melalui cerita binatang berbentuk digital

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger melalui cerita binatang berbentuk digital serta menghuraikan refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger melalui cerita binatang berbentuk digital. Kajian ini menumpukan kepada tiga orang kanak-kanak sind...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosly, Nurfarhana Shahira
Format: Thesis
Language:English
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68218/1/fbmk%202015%20102%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger melalui cerita binatang berbentuk digital serta menghuraikan refleksi ujaran kanak-kanak sindrom Asperger melalui cerita binatang berbentuk digital. Kajian ini menumpukan kepada tiga orang kanak-kanak sindrom tersebut dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2). Pengumpulan data berasaskan penyelidikan pemerhatian yang memanfaatkan kaedah analisis kandungan. Teori yang digunakana ialah Theory of Mind (Wimmer & Perner, 1983) dan Teori Analisis Wacana (Brown & Yule, 1983). Selain itu, kaedah kajian meliputi kaedah pemerhatian, temu bual, senarai soalan, soalan terbuka dan turut serta. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perkaitan antara daerah mental seseorang kanak-kanak dengan refleksi ujaran yang dihasilkan. Perkembangan pembangunan interaksi sosial dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak sindrom Asperger dilihat turut berkait rapat dengan perkembangan daerah mental kanak-kanak tersebut. Kajian seterusnya perlu memberikan penekanan kepada penggunaan elemen penceritaan dan multimedia sebagai pendekatan yang perlu dilakukan untuk merangsang interaksi sosial dan refleksi ujaran kanak-kanak tersebut. Usaha-usaha yang berterusan perlu dilaksanakan oleh pihak yang terlibat untuk meningkatkan tahap perkembangan pembangunan kanak-kanak sindrom Asperger, terutamanya perkara yang melibatkan interaksi komunikasi dan sosial agar golongan ini tidak lagi dipinggirkan.