Nilai budaya dalam cerita rakyat masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan, Malaysia

Kajian ini bertitik-tolak daripada pengamatan terhadap kajian-kajian ilmiah sedia ada yang rata-rata menjelaskan bahawa kajian ilmiah tentang cerita rakyat masyarakat Orang Asli Temiar, di Gua Musang, Kelantan. Sehingga kini dan sepanjang yang diketahui, belum lagi dikaji secara sistematik. Hal ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ismail, Mohd Fahmi
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68423/1/FBMK%202017%2047%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertitik-tolak daripada pengamatan terhadap kajian-kajian ilmiah sedia ada yang rata-rata menjelaskan bahawa kajian ilmiah tentang cerita rakyat masyarakat Orang Asli Temiar, di Gua Musang, Kelantan. Sehingga kini dan sepanjang yang diketahui, belum lagi dikaji secara sistematik. Hal ini dengan sendirinya mewujudkan ruang ilmiah yang menuntut kepada satu pengkajian ilmiah yang khusus. Kajian ini berhasrat untuk mengisi ruang tersebut dengan meneliti tentang cerita rakyat masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan. Kajian ini menggariskan tiga objektif utama, iaitu mendokumentasikan cerita rakyat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan. Kedua, menganalisis nilai-nilai budaya dalam cerita rakyat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan. Ketiga, merumus nilai-nilai budaya dalam cerita-cerita rakyat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah kajian lapangan. Selanjutnya, kajian ini menerapkan kerangka nilai budaya dalam menganalisis cerita-cerita rakyat yang dikaji. Selain itu, data-data cerita rakyat yang diceritakan ini dirakam dengan menggunakan alat perakam semasa di lapangan. Seterusnya, data-data cerita rakyat tersebut didokumentasikan dalam bentuk bertulis bagi tujuan analisis. Hasil dapatan kajian ini berhasil menemukan 11 nilai budaya yang menjadi pegangan masyarakat Orang Asli Temiar. Sementara itu, kemantapan nilai budaya dan pengamalan nilai budaya dalam kehidupan seharian melahirkan kesan-kesan tersirat dan tersirat kepada diri dan masyarakat komuniti ini. Kesimpulannya, cerita rakyat masyarakat Orang Asli Temiar, di Gua Musang, Kelantan, dapat dianggap memanifestasikan kehidupan, adat kepercayaan dan lambang jati diri masyarakat ini.