Religiositi sebagai mediator dalam hubungan antara faktor sosial dan pembangunan belia positif dalam kalangan pelajar kolej komuniti di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan mediator religiositi terhadap hubungan antara faktor sosial iaitu keakraban dengan ibu bapa, keakraban dengan rakan sebaya dan jalinan sosial institusi dengan pembangunan belia positif. Teori utama yang mendasari kajian ini ialah Teori Ekologi Pembangunan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed, Nor Hidayah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68425/1/FPP%202018%205%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan mediator religiositi terhadap hubungan antara faktor sosial iaitu keakraban dengan ibu bapa, keakraban dengan rakan sebaya dan jalinan sosial institusi dengan pembangunan belia positif. Teori utama yang mendasari kajian ini ialah Teori Ekologi Pembangunan Manusia, Teori Sains Pembangunan, Teori Keakraban, dan Teori Ikatan Sosial. Kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan teknik persampelan kluster melibatkan 677 orang pelajar kolej komuniti di seluruh Malaysia menggunakan borang soal selidik tadbir sendiri. Instrumen diadaptasi daripada The Bridge-PYD yang dibina oleh Lopez et al., (2014), Muslim Religiousity-Personality Inventory (MRPI) oleh Krauss, Hamzah dan Idris (2007), Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA) oleh Armsden dan Greenberg (1987), dan instrumen yang dibina oleh Jenkins (1997) untuk menentukan jalinan sosial institusi. Data soal selidik dianalisis menggunakan model persamaan berstruktur (Structural Equation Modelling, SEM). Penemuan kajian menunjukkan tahap semua pemboleh ubah adalah tinggi secara keseluruhannya. Keputusan SEM melalui model pengukuran menunjukkan data adalah sepadan dan hubungan antara faktor sosial dengan pembangunan belia positif adalah signifikan. Manakala keputusan SEM melalui model struktural menunjukkan pengaruh keakraban dengan ibu bapa, keakraban dengan rakan sebaya dan jalinan sosial institusi terhadap pembangunan belia positif juga signifikan dan data adalah sepadan. Analisis mediator religiositi adalah signifikan apabila religiositi bertindak sebagai mediator penuh dalam hubungan keakraban dengan ibu bapa dan keakraban dengan rakan sebaya dengan pembangunan belia positif. Manakala religiositi bertindak sebagai mediator separa terhadap hubungan antara jalinan sosial institusi dengan pembangunan belia positif dan analisis tersebut juga signifikan. Penemuan ini mendapati, apabila belia memasuki pertengahan remaja (umur antara 18 – 23 tahun), religiositi merupakan faktor penting yang memandu belia dalam hubungan keakraban dengan ibu bapa dan hubungan keakraban dengan rakan sebaya terhadap pembangunan belia positif. Manakala peranan jalinan sosial institusi mempunyai pengaruh dan hubungan yang kuat terhadap pembangunan belia positif.