Variasi leksikal dalam dialek keluarga Dusun di Sabah

Dusun merupakan keluarga bahasa dalam rumpun Kadazandusun yang terdiri daripada tiga keluarga, iaitu Dusun, Murut dan Paitan. Keluarga Dusun terdiri daripada 31 suku yang mempunyai dialek tersendiri dan tersebar luas di seluruh pelusuk negeri Sabah. Kajian ini memfokuskan kepada 6 dialek dalam ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sintian, Minah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68472/1/FBMK%202018%2012%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.68472
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.684722019-05-14T02:37:20Z Variasi leksikal dalam dialek keluarga Dusun di Sabah 2017-10 Sintian, Minah Dusun merupakan keluarga bahasa dalam rumpun Kadazandusun yang terdiri daripada tiga keluarga, iaitu Dusun, Murut dan Paitan. Keluarga Dusun terdiri daripada 31 suku yang mempunyai dialek tersendiri dan tersebar luas di seluruh pelusuk negeri Sabah. Kajian ini memfokuskan kepada 6 dialek dalam keluarga Dusun, iaitu dialek Bunduliwan, Tangara, Tatana, Rungus, Dumpas dan Mangkaak. Kerencaman dialek dalam keluarga Dusun mewujudkan isu kesalingfahaman antara penutur dialek kesan daripada keadaan topografi dan jarak lokasi penutur. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kata kognat dialek Bunduliwan dengan dialek-dialek lain dalam keluarga Dusun, menganalisis ciri-ciri leksikal yang membezakan dialek keluarga Dusun dan merumuskan kekerabatan bahasa antara dialek dalam keluarga Dusun. Pengkaji menggunakan pendekatan sosiolinguistik dengan bersandarkan teori leksikostatistik untuk menjelaskan soalan dan objektif kajian. Kajian yang bersifat sinkronik ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif. Data dikutip melalui kaedah pustaka dan lapangan terutama melalui analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Sebanyak 207 kosa kata yang terdapat dalam daftar kata Swadesh terjemahan bahasa Melayu telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data leksikal keluarga Dusun. Kajian menunjukkan bahawa terdapat kata kognat dan bukan kognat antara dialek Bunduliwan dengan dialek-dialek lain. Kajian juga mendapati bahawa terdapat perubahan bunyi pada leksikal dalam dialek-dialek secara sekata. Pasangan variasi bunyi konsonan yang ditemui pada leksikal dalam kajian ini ialah bunyi /l/ dan /h/, bunyi /r/ dan /l/, bunyi /l/ dan /d/, bunyi /h/ dan /s/, bunyi /w/ dan /v/, bunyi /y/ dan /z/ serta bunyi /Ɂ/ dan /k/. Variasi ini tersebar di awal dan akhir perkataan, suku kata kedua, ketiga dan suku kata akhir. Selain itu, perubahan bunyi juga berlaku apabila bunyi konsonan digugurkan di awal, tengah dan akhir perkataan. Tahap kekerabatan bahasa antara penutur dialek-dialek keluarga Dusun juga adalah tidak seragam, iaitu terdapat hubungan kekerabatan yang rendah, sederhana dan tinggi. Kajian mendapati dialek Bunduliwan mempunyai hubungan kekerabatan yang agak tinggi dengan dialek Tangara, iaitu sebanyak 85.37% sementara hubungan kekerabatan yang agak rendah ditemui antara dialek Tatana dengan dialek Mangkaak, iaitu 50%. Kata bukan kognat dan perubahan bunyi leksikal dalam dialek keluarga Dusun menjelaskan isu kesalingfahaman antara penutur. Kajian ini memberi implikasi kepada pengayaan dan pemantapan istilah serta kosa kata dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun yang diajar di sekolah rendah, menengah, institut pendidikan guru dan universiti tempatan. Dusun Deyah dialect Languages, Mixed - Sabah - Malaysia 2017-10 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68472/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68472/1/FBMK%202018%2012%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Dusun Deyah dialect Languages, Mixed - Sabah - Malaysia
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Dusun Deyah dialect
Dusun Deyah dialect

spellingShingle Dusun Deyah dialect
Dusun Deyah dialect

Sintian, Minah
Variasi leksikal dalam dialek keluarga Dusun di Sabah
description Dusun merupakan keluarga bahasa dalam rumpun Kadazandusun yang terdiri daripada tiga keluarga, iaitu Dusun, Murut dan Paitan. Keluarga Dusun terdiri daripada 31 suku yang mempunyai dialek tersendiri dan tersebar luas di seluruh pelusuk negeri Sabah. Kajian ini memfokuskan kepada 6 dialek dalam keluarga Dusun, iaitu dialek Bunduliwan, Tangara, Tatana, Rungus, Dumpas dan Mangkaak. Kerencaman dialek dalam keluarga Dusun mewujudkan isu kesalingfahaman antara penutur dialek kesan daripada keadaan topografi dan jarak lokasi penutur. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kata kognat dialek Bunduliwan dengan dialek-dialek lain dalam keluarga Dusun, menganalisis ciri-ciri leksikal yang membezakan dialek keluarga Dusun dan merumuskan kekerabatan bahasa antara dialek dalam keluarga Dusun. Pengkaji menggunakan pendekatan sosiolinguistik dengan bersandarkan teori leksikostatistik untuk menjelaskan soalan dan objektif kajian. Kajian yang bersifat sinkronik ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif. Data dikutip melalui kaedah pustaka dan lapangan terutama melalui analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Sebanyak 207 kosa kata yang terdapat dalam daftar kata Swadesh terjemahan bahasa Melayu telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data leksikal keluarga Dusun. Kajian menunjukkan bahawa terdapat kata kognat dan bukan kognat antara dialek Bunduliwan dengan dialek-dialek lain. Kajian juga mendapati bahawa terdapat perubahan bunyi pada leksikal dalam dialek-dialek secara sekata. Pasangan variasi bunyi konsonan yang ditemui pada leksikal dalam kajian ini ialah bunyi /l/ dan /h/, bunyi /r/ dan /l/, bunyi /l/ dan /d/, bunyi /h/ dan /s/, bunyi /w/ dan /v/, bunyi /y/ dan /z/ serta bunyi /Ɂ/ dan /k/. Variasi ini tersebar di awal dan akhir perkataan, suku kata kedua, ketiga dan suku kata akhir. Selain itu, perubahan bunyi juga berlaku apabila bunyi konsonan digugurkan di awal, tengah dan akhir perkataan. Tahap kekerabatan bahasa antara penutur dialek-dialek keluarga Dusun juga adalah tidak seragam, iaitu terdapat hubungan kekerabatan yang rendah, sederhana dan tinggi. Kajian mendapati dialek Bunduliwan mempunyai hubungan kekerabatan yang agak tinggi dengan dialek Tangara, iaitu sebanyak 85.37% sementara hubungan kekerabatan yang agak rendah ditemui antara dialek Tatana dengan dialek Mangkaak, iaitu 50%. Kata bukan kognat dan perubahan bunyi leksikal dalam dialek keluarga Dusun menjelaskan isu kesalingfahaman antara penutur. Kajian ini memberi implikasi kepada pengayaan dan pemantapan istilah serta kosa kata dalam mata pelajaran Bahasa Kadazandusun yang diajar di sekolah rendah, menengah, institut pendidikan guru dan universiti tempatan.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Sintian, Minah
author_facet Sintian, Minah
author_sort Sintian, Minah
title Variasi leksikal dalam dialek keluarga Dusun di Sabah
title_short Variasi leksikal dalam dialek keluarga Dusun di Sabah
title_full Variasi leksikal dalam dialek keluarga Dusun di Sabah
title_fullStr Variasi leksikal dalam dialek keluarga Dusun di Sabah
title_full_unstemmed Variasi leksikal dalam dialek keluarga Dusun di Sabah
title_sort variasi leksikal dalam dialek keluarga dusun di sabah
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2017
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68472/1/FBMK%202018%2012%20IR.pdf
_version_ 1747812581422137344