Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia

Kemunculan media baharu menyebabkan proses komunikasi seperti penyebaran, pemprosesan dan penerimaan maklumat berlaku begitu cepat tanpa mengira sempadan sesebuah kawasan. Walaupun media baharu ini membawa pelbagai manfaat dan inovasi dalam kehidupan manusia, aspek keselamatan siber juga perlu d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Pitchan, Muhammad Adnan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68481/1/FBMK%202018%2016%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.68481
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Internet - Safety measures
Computer security

spellingShingle Internet - Safety measures
Computer security

Pitchan, Muhammad Adnan
Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia
description Kemunculan media baharu menyebabkan proses komunikasi seperti penyebaran, pemprosesan dan penerimaan maklumat berlaku begitu cepat tanpa mengira sempadan sesebuah kawasan. Walaupun media baharu ini membawa pelbagai manfaat dan inovasi dalam kehidupan manusia, aspek keselamatan siber juga perlu difikirkan. Faktor kurangnya kefahaman dan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan Internet melalui peralatan elektronik telah menyebabkan ramai rakyat di negara ini ditipu oleh sindiket jenayah siber. Hal ini kerana masih ramai dalam kalangan pengguna Internet telah mengabaikan prinsip-prinsip keselamatan dalam Internet dan menganggap ia sebagai satu perkara yang remeh. Perkara ini boleh dilihat melalui peningkatan statistik dalam kes jenayah siber di Malaysia. Tambahan pula, golongan belia kini berada di tahap yang bahaya kerana penggunaan Internet telah menjadi rutin harian dalam kalangan mereka dan risiko terdedah kepada ancaman siber juga amat tinggi. Justeru, elemen kesedaran perlu dipupuk dalam kalangan pengguna Internet agar mereka sentiasa berhati-hati ketika menggunakan Internet di samping dapat menghindari daripada ancaman siber. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menerokai kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna Internet di Malaysia dan fokusnya kepada kawasan Lembah Klang. Kebanyakan daripada populasi di Malaysia yang menggunakan kemudahan Internet terutama dalam konteks kesedaran dan keselamatan siber tertumpu kepada di kawasan Lembah Klang. Oleh itu, Lembah Klang menjadi satu persampelan yang paling dekat mewakili populasi Malaysia dalam konteks kajian ini. Kajian ini mempunyai empat objektif utama iaitu memahami kesedaran pengguna Internet tentang amalan keselamatan siber, menerokai pengalaman pengguna Internet terhadap amalan keselamatan siber, menerokai persekitaran sosial terhadap amalan keselamatan siber, serta menganalisis pelaksanaan undang-undang tentang ancaman keselamatan siber di Malaysia. Dua teori media diterap bagi mengupas fenomena kesedaran dan amalan keselamatan siber iaitu Teori Kebergantungan Media dan Teori KAP. Dari segi kaedah penyelidikan pula, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif seperti kumpulan fokus, temu bual mendalam dan analisis dokumen. Seramai 35 orang pengguna Internet ditemu bual melalui kaedah kumpulan fokus ini di mana kumpulan fokus dibahagikan kepada dua kategori pengguna Internet iaitu golongan remaja dan dewasa. Memandangkan kajian ini melihat fenomena sosial dalam kalangan pengguna Internet terhadap kesedaran dan keselamatan siber, selain informan yang tidak mempunyai pengalaman dalam jenayah siber, kajian juga turut memberi perhatian kepada pengguna Internet yang pernah berhubung dengan masalah jenayah siber semasa mereka menggunakan Internet. Selain itu, bagi mendapatkan data yang tepat dan berkualiti seramai 9 orang pegawai kerajaan dipilih secara purposif turut ditemu bual secara mendalam daripada agensi SKMM, PDRM, CyberSecurity Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan serta Fakulti Undang-Undang UKM. Kajian mendapati para informan kajian tidak mempunyai kesedaran terhadap amalan keselamatan siber terutama dari segi kewujudan agensi yang bertanggungjawab dalam mengawal keselamatan siber, aktiviti keselamatan siber, polisi dan garis panduan perbankan online serta undang-undang keselamatan siber. Selain itu, kajian juga mendapati pengguna Internet mempunyai amalan yang baik dari segi keselamatan penerimaan e-mel phising, penggunaan perbankan dalam talian, serta penyebaran sesuatu berita kepada orang lain. Tambahan pula, faktor persekitaran sosial seperti pengaruh rakan sebaya dan peranan tempat kerja tidak memberi kesan positif kepada amalan keselamatan siber oleh pengguna Internet. Kajian juga mendapati, dari segi pelaksanaan undang-undang siber pula, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 masih memerlukan penambahbaikan lagi terutama di dalam Seksyen 211 dan 233 di mana peruntukan elemen niat perlu dikaji semula.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Pitchan, Muhammad Adnan
author_facet Pitchan, Muhammad Adnan
author_sort Pitchan, Muhammad Adnan
title Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia
title_short Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia
title_full Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia
title_fullStr Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia
title_full_unstemmed Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia
title_sort kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2017
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68481/1/FBMK%202018%2016%20IR.pdf
_version_ 1747812583137607680
spelling my-upm-ir.684812019-05-14T03:40:49Z Kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna internet di Malaysia 2017-12 Pitchan, Muhammad Adnan Kemunculan media baharu menyebabkan proses komunikasi seperti penyebaran, pemprosesan dan penerimaan maklumat berlaku begitu cepat tanpa mengira sempadan sesebuah kawasan. Walaupun media baharu ini membawa pelbagai manfaat dan inovasi dalam kehidupan manusia, aspek keselamatan siber juga perlu difikirkan. Faktor kurangnya kefahaman dan kesedaran mengenai keselamatan penggunaan Internet melalui peralatan elektronik telah menyebabkan ramai rakyat di negara ini ditipu oleh sindiket jenayah siber. Hal ini kerana masih ramai dalam kalangan pengguna Internet telah mengabaikan prinsip-prinsip keselamatan dalam Internet dan menganggap ia sebagai satu perkara yang remeh. Perkara ini boleh dilihat melalui peningkatan statistik dalam kes jenayah siber di Malaysia. Tambahan pula, golongan belia kini berada di tahap yang bahaya kerana penggunaan Internet telah menjadi rutin harian dalam kalangan mereka dan risiko terdedah kepada ancaman siber juga amat tinggi. Justeru, elemen kesedaran perlu dipupuk dalam kalangan pengguna Internet agar mereka sentiasa berhati-hati ketika menggunakan Internet di samping dapat menghindari daripada ancaman siber. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menerokai kesedaran dan amalan keselamatan siber dalam kalangan pengguna Internet di Malaysia dan fokusnya kepada kawasan Lembah Klang. Kebanyakan daripada populasi di Malaysia yang menggunakan kemudahan Internet terutama dalam konteks kesedaran dan keselamatan siber tertumpu kepada di kawasan Lembah Klang. Oleh itu, Lembah Klang menjadi satu persampelan yang paling dekat mewakili populasi Malaysia dalam konteks kajian ini. Kajian ini mempunyai empat objektif utama iaitu memahami kesedaran pengguna Internet tentang amalan keselamatan siber, menerokai pengalaman pengguna Internet terhadap amalan keselamatan siber, menerokai persekitaran sosial terhadap amalan keselamatan siber, serta menganalisis pelaksanaan undang-undang tentang ancaman keselamatan siber di Malaysia. Dua teori media diterap bagi mengupas fenomena kesedaran dan amalan keselamatan siber iaitu Teori Kebergantungan Media dan Teori KAP. Dari segi kaedah penyelidikan pula, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif seperti kumpulan fokus, temu bual mendalam dan analisis dokumen. Seramai 35 orang pengguna Internet ditemu bual melalui kaedah kumpulan fokus ini di mana kumpulan fokus dibahagikan kepada dua kategori pengguna Internet iaitu golongan remaja dan dewasa. Memandangkan kajian ini melihat fenomena sosial dalam kalangan pengguna Internet terhadap kesedaran dan keselamatan siber, selain informan yang tidak mempunyai pengalaman dalam jenayah siber, kajian juga turut memberi perhatian kepada pengguna Internet yang pernah berhubung dengan masalah jenayah siber semasa mereka menggunakan Internet. Selain itu, bagi mendapatkan data yang tepat dan berkualiti seramai 9 orang pegawai kerajaan dipilih secara purposif turut ditemu bual secara mendalam daripada agensi SKMM, PDRM, CyberSecurity Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan serta Fakulti Undang-Undang UKM. Kajian mendapati para informan kajian tidak mempunyai kesedaran terhadap amalan keselamatan siber terutama dari segi kewujudan agensi yang bertanggungjawab dalam mengawal keselamatan siber, aktiviti keselamatan siber, polisi dan garis panduan perbankan online serta undang-undang keselamatan siber. Selain itu, kajian juga mendapati pengguna Internet mempunyai amalan yang baik dari segi keselamatan penerimaan e-mel phising, penggunaan perbankan dalam talian, serta penyebaran sesuatu berita kepada orang lain. Tambahan pula, faktor persekitaran sosial seperti pengaruh rakan sebaya dan peranan tempat kerja tidak memberi kesan positif kepada amalan keselamatan siber oleh pengguna Internet. Kajian juga mendapati, dari segi pelaksanaan undang-undang siber pula, Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 masih memerlukan penambahbaikan lagi terutama di dalam Seksyen 211 dan 233 di mana peruntukan elemen niat perlu dikaji semula. Internet - Safety measures Computer security 2017-12 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68481/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68481/1/FBMK%202018%2016%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Internet - Safety measures Computer security