Hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli pergerakan wanita pekebun kecil di Johor, Malaysia

Dalam kontek pembangunan komuniti, pendayaupayaan merupakan satu proses aktif yang mana individu, organisasi dan komuniti boleh bertindak untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Penyertaan ahli komuniti dalam aktiviti pembangunan didorong oleh faedah yang dijangka akan diperolehi adalah penti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ani, Fauziah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68673/1/fem%202016%2012%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.68673
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Women farmers - Malaysia
Employee empowerment
Leadership
spellingShingle Women farmers - Malaysia
Employee empowerment
Leadership
Ani, Fauziah
Hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli pergerakan wanita pekebun kecil di Johor, Malaysia
description Dalam kontek pembangunan komuniti, pendayaupayaan merupakan satu proses aktif yang mana individu, organisasi dan komuniti boleh bertindak untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Penyertaan ahli komuniti dalam aktiviti pembangunan didorong oleh faedah yang dijangka akan diperolehi adalah penting untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik. Bertitik tolak daripada andaian tersebut, maka kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka dan mengenalpasti hubungan antara peringkat penyertaan dan pendayaupayaan ahli serta peranan gaya kepimpinan dalam Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) di negeri Johor. Kajian ini dikhususkan kepada peringkat penyertaan yang terdiri daripada pembuatan keputusan, pelaksanaan dan penerimaan faedah bagi meramalkan pendayaupayaan yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu ekonomi, sosial dan psikologi. Seramai 366 responden yang terdiri daripada ahli PWPK telah dipilih berdasarkan persampelan rawak berstrata yang dibahagikan mengikut daerah dan perkumpulan bagi menentukan tanda aras ketiga-tiga dimensi pendayaupayaan. Statistik deskriptif digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri individu dan kumpulan sebagai langkah pertama dalam analisis data. Ujian Manova pula dilaksanakan bagi melihat perbezaan faktor pendayaupayaan (ekonomi, sosial dan psikologi) berasaskan tempoh penyertaan ahli PWPK. Seterusnya hubungan antara ketiga-tiga peringkat penyertaan dengan ketigatiga dimensi pendayaupayaan pula menggunakan analisis korelasi pearson. Manakala statistik inferensi menggunakan Model Persamaan Struktur atau SEM berbantukan perisian AMOS 21 bagi mengkaji pengaruh peringkat penyertaan (pembuatan keputusan, pelaksanaan dan penerimaan faedah) ke atas pendayaupayaan (ekonomi, sosial dan psikologi). Selain itu, peranan gaya kepimpinan (transformasional, transaksional dan Laissez Faire) sebagai variabel penyederhana ke atas hubungan antara penyertaan dan pendayaupayaan juga dianalisis dengan menggunakan perisian ini. Secara umumnya, keputusan menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana dan signifikan antara peringkat penyertaan (pembuatan keputusan, pelaksanaan dan penerimaan faedah) dengan pendayaupayaan sosial dan psikologi, dan hubungan yang tinggi antara peringkat penyertaan dalam pelaksanaan dan penerimaan faedah dengan pendayaupayaan ekonomi. Manakala keputusan analisis regresi pelbagai pula menunjukkan dimensi ekonomi merupakan dimensi yang paling banyak diterangkan oleh ketiga-tiga peringkat penyertaan iaitu sebanyak 84% varians, diikuti dimensi sosial (47%) dan psikologi (38%). Keputusan juga menunjukkan penyertaan dalam penerimaan faedah merupakan peramal yang paling penting dalam mempengaruhi pendayaupayaan ekonomi dalam PWPK. Selain itu, keputusan juga membuktikan bahawa dalam kontek PWPK, penyertaan dalam pembuatan keputusan merupakan variabel peramal yang paling rendah menerangkan ketiga-tiga dimensi pendayaupayaan. Seterusnya kesan penyederhanaan dalam kajian ini memperoleh dapatan kajian yang berbeza bergantung pada pada jenis gaya kepimpinan, peringkat penyertaan dan dimensi pendayaupayaan itu sendiri. Namun secara umumnya keputusan menunjukkan gaya kepimpinan transformasional dan transaksional memberi kesan penyederhanaan yang lebih kuat dan positif ke atas peringkat penyertaan dan pendayaupayaan berbanding Laissez Faire dan seterusnya menyokong kajian lepas. Secara keseluruhannya dapatan daripada kajian ini membuktikan bahawa dengan adanya peringkat penyertaan yang tinggi, ditambahkan lagi dengan adanya pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan yang sesuai dalam OBK, menyumbangkan kepada peningkatan pendayaupayaan ekonomi, sosial dan psikologi ahli komuniti. Malahan penemuan kajian ini juga menyumbang dan memperluaskan pemahaman ke atas pendayaupayaan ahli OBK khususnya dalam kontek PWPK di Johor. Berdasarkan dapatan kajian ini juga beberapa cadangan telah dibuat ke arah meningkatkan pendayaupayaan ahli PWPK dengan memberi tumpuan kepada penyertaan dan gaya kepimpinan.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Ani, Fauziah
author_facet Ani, Fauziah
author_sort Ani, Fauziah
title Hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli pergerakan wanita pekebun kecil di Johor, Malaysia
title_short Hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli pergerakan wanita pekebun kecil di Johor, Malaysia
title_full Hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli pergerakan wanita pekebun kecil di Johor, Malaysia
title_fullStr Hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli pergerakan wanita pekebun kecil di Johor, Malaysia
title_full_unstemmed Hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli pergerakan wanita pekebun kecil di Johor, Malaysia
title_sort hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli pergerakan wanita pekebun kecil di johor, malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2016
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68673/1/fem%202016%2012%20ir.pdf
_version_ 1747812616982495232
spelling my-upm-ir.686732019-06-11T00:54:10Z Hubungan penyertaan, kepimpinan dan pendayaupayaan dalam kalangan ahli pergerakan wanita pekebun kecil di Johor, Malaysia 2016-04 Ani, Fauziah Dalam kontek pembangunan komuniti, pendayaupayaan merupakan satu proses aktif yang mana individu, organisasi dan komuniti boleh bertindak untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Penyertaan ahli komuniti dalam aktiviti pembangunan didorong oleh faedah yang dijangka akan diperolehi adalah penting untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk memperbaiki kehidupan yang lebih baik. Bertitik tolak daripada andaian tersebut, maka kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meneroka dan mengenalpasti hubungan antara peringkat penyertaan dan pendayaupayaan ahli serta peranan gaya kepimpinan dalam Pergerakan Wanita Pekebun Kecil (PWPK) di negeri Johor. Kajian ini dikhususkan kepada peringkat penyertaan yang terdiri daripada pembuatan keputusan, pelaksanaan dan penerimaan faedah bagi meramalkan pendayaupayaan yang terdiri daripada tiga dimensi iaitu ekonomi, sosial dan psikologi. Seramai 366 responden yang terdiri daripada ahli PWPK telah dipilih berdasarkan persampelan rawak berstrata yang dibahagikan mengikut daerah dan perkumpulan bagi menentukan tanda aras ketiga-tiga dimensi pendayaupayaan. Statistik deskriptif digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri individu dan kumpulan sebagai langkah pertama dalam analisis data. Ujian Manova pula dilaksanakan bagi melihat perbezaan faktor pendayaupayaan (ekonomi, sosial dan psikologi) berasaskan tempoh penyertaan ahli PWPK. Seterusnya hubungan antara ketiga-tiga peringkat penyertaan dengan ketigatiga dimensi pendayaupayaan pula menggunakan analisis korelasi pearson. Manakala statistik inferensi menggunakan Model Persamaan Struktur atau SEM berbantukan perisian AMOS 21 bagi mengkaji pengaruh peringkat penyertaan (pembuatan keputusan, pelaksanaan dan penerimaan faedah) ke atas pendayaupayaan (ekonomi, sosial dan psikologi). Selain itu, peranan gaya kepimpinan (transformasional, transaksional dan Laissez Faire) sebagai variabel penyederhana ke atas hubungan antara penyertaan dan pendayaupayaan juga dianalisis dengan menggunakan perisian ini. Secara umumnya, keputusan menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana dan signifikan antara peringkat penyertaan (pembuatan keputusan, pelaksanaan dan penerimaan faedah) dengan pendayaupayaan sosial dan psikologi, dan hubungan yang tinggi antara peringkat penyertaan dalam pelaksanaan dan penerimaan faedah dengan pendayaupayaan ekonomi. Manakala keputusan analisis regresi pelbagai pula menunjukkan dimensi ekonomi merupakan dimensi yang paling banyak diterangkan oleh ketiga-tiga peringkat penyertaan iaitu sebanyak 84% varians, diikuti dimensi sosial (47%) dan psikologi (38%). Keputusan juga menunjukkan penyertaan dalam penerimaan faedah merupakan peramal yang paling penting dalam mempengaruhi pendayaupayaan ekonomi dalam PWPK. Selain itu, keputusan juga membuktikan bahawa dalam kontek PWPK, penyertaan dalam pembuatan keputusan merupakan variabel peramal yang paling rendah menerangkan ketiga-tiga dimensi pendayaupayaan. Seterusnya kesan penyederhanaan dalam kajian ini memperoleh dapatan kajian yang berbeza bergantung pada pada jenis gaya kepimpinan, peringkat penyertaan dan dimensi pendayaupayaan itu sendiri. Namun secara umumnya keputusan menunjukkan gaya kepimpinan transformasional dan transaksional memberi kesan penyederhanaan yang lebih kuat dan positif ke atas peringkat penyertaan dan pendayaupayaan berbanding Laissez Faire dan seterusnya menyokong kajian lepas. Secara keseluruhannya dapatan daripada kajian ini membuktikan bahawa dengan adanya peringkat penyertaan yang tinggi, ditambahkan lagi dengan adanya pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan yang sesuai dalam OBK, menyumbangkan kepada peningkatan pendayaupayaan ekonomi, sosial dan psikologi ahli komuniti. Malahan penemuan kajian ini juga menyumbang dan memperluaskan pemahaman ke atas pendayaupayaan ahli OBK khususnya dalam kontek PWPK di Johor. Berdasarkan dapatan kajian ini juga beberapa cadangan telah dibuat ke arah meningkatkan pendayaupayaan ahli PWPK dengan memberi tumpuan kepada penyertaan dan gaya kepimpinan. Women farmers - Malaysia Employee empowerment Leadership 2016-04 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68673/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68673/1/fem%202016%2012%20ir.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Women farmers - Malaysia Employee empowerment Leadership