Perbandingan dialek Melayu Sarawak dengan Bahasa Melayu Baku dari sudut semantik leksikal

Kajian ini berkaitan perbandingan dialek Melayu Sarawak di Sibu dengan bahasa Melayu baku. Dialek Melayu Sarawak di Sibu bukanlah dialek yang dominan kerana populasi masyarakat di Sibu majoritinya ialah berbangsa Cina. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan kata dialek Melayu Sara...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Bolhassan, Nabillah
格式: Thesis
语言:English
出版: 2016
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68777/1/FBMK%202016%207%20-%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini berkaitan perbandingan dialek Melayu Sarawak di Sibu dengan bahasa Melayu baku. Dialek Melayu Sarawak di Sibu bukanlah dialek yang dominan kerana populasi masyarakat di Sibu majoritinya ialah berbangsa Cina. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan kata dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku, menghuraikan perbezaan kata dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu serta menghasilkan daftar kata dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku. Kajian ini menggunakan kaedah elisitasi yang dijalankan terhadap penjawat awam yang berkhidmat di Rejimen 510 Askar Wataniah Kem Seri Rajang, Sibu Sarawak untuk mengenal pasti beberapa perkataan dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku yang dipercayai boleh mendatangkan kekaburan makna. Teori yang digunakan ialah teori semantik leksikal. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat 50 perkataan dalam dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku yang dipercayai boleh mendatangkan kekaburan makna kerana mempunyai sebutan yang sama tetapi berbeza dari segi maknanya. Melalui kajian ini, pengkaji akan dapat membantu masyarakat yang datang dari latar dialek yang berbeza untuk lebih menguasai dialek Melayu Sarawak supaya tidak berlakunya kekaburan makna serta dapat mengelakkan daripada berlakunya prejudis, salah sangka dan salah faham terhadap mereka yang melancong atau berkhidmat di Sarawak.