Efikasi kendiri pelajar dalam membaca bahasa arab

Isu kelemahan yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran membaca sering diperbahaskan oleh pihak sarjana. Kajian yang dijalankan mendapati kelemahan penguasaan kemahiran membaca bahasa Arab adalah disebabkan masalah luaran dan dalaman. Masalah luaran tertumpu kepada kelemahan penguasaan kosa k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Nur Hasimah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68783/1/FBMK%202016%2010%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu kelemahan yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran membaca sering diperbahaskan oleh pihak sarjana. Kajian yang dijalankan mendapati kelemahan penguasaan kemahiran membaca bahasa Arab adalah disebabkan masalah luaran dan dalaman. Masalah luaran tertumpu kepada kelemahan penguasaan kosa kata, teknik serta strategi membaca. Di antara masalah dalaman yang menjadi faktor kelemahan membaca pelajar adalah berkaitan dengan efikasi kendiri. Efikasi kendiri merujuk kepada kepercayaan diri pelajar terhadap kebolehan diri untuk melaksanakan sesuatu tindakan yang berkesan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap efikasi kendiri pelajar bahasa Arab dalam membaca, membezakan efikasi kendiri pelajar lelaki dan perempuan dalam membaca, dan juga membandingkan efikasi kendiri pelajar mengikut tahun pengajian dalam membaca. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan seramai 252 orang pelajar Melayu. Mereka merupakan pelajar pengkhususan bahasa Arab yang dipilih secara rawak dari empat buah universiti di Malaysia. Instrumen berbentuk soal selidik yang merangkumi empat sumber utama efikasi kendiri membaca, iaitu pencapaian diri sendiri, pencapaian orang lain, pemujukan diri dan sosial , dan keadaan fisiologi telah dibina untuk mengumpul data kajian. Selain itu, sumber metafizik turut ditambah ke dalam instrumen kajian sebagai sub kategori baharu. Data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistikal Packages For The Social Science (SPSS). Hasil analisis deskriptif menunjukkan persepsi pelajar terhadap tahap efikasi kendiri dalam membaca bahan bahasa Arab secara keseluruhannya pada tahap rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan sumber pencapaian diri sendiri merupakan sumber efikasi kendiri yang paling kerap diamalkan oleh pelajar, diikuti oleh sumber keadaan fisiologi. Sumber pemujukan diri dan sosial pula berada pada kedudukan ketiga, manakala sumber pencapaian orang lain berada pada kedudukan keempat. Bagi sumber metafizik pula, mencatatkan rekod yang terendah. Namun begitu, penemuan baharu ini membuktikan kewujudan sumber metafizik dalam pelajar terhadap efikasi kendiri dalam membaca bahan bahasa Arab. Selain itu, ujian-t dan ujian ANOVA memperlihatkan ketiadaan hubungan signifikan antara efikasi kendiri pelajar lelaki dan perempuan dalam membaca dan efikasi kendiri pelajar dalam membaca mengikut ii tahun pengajian. Hal ini bermakna tiada perbezaan efikasi kendiri pelajar dalam membaca walaupun jantina dan tahun pengajian adalah berlainan.