Riwayat dan sumbangan Lim Lian Geok dalam penulisan rencana dan puisi klasik Cina

Lim Lian Geok merupakan seorang tokoh penting dalam pendidikan Cina di Malaysia. Selain daripada mengajar dan memimpin pergerakan pendidikan Cina, beliau turut menceburi bidang penulisan rencana dan puisi klasik. Sejak sebelum perang hingga ke tahun 1954, beliau menulis rencana dalam lembaran...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Lee, Soo Wan
格式: Thesis
语言:English
出版: 2016
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/68810/1/FBMK%202016%2014%20-%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Lim Lian Geok merupakan seorang tokoh penting dalam pendidikan Cina di Malaysia. Selain daripada mengajar dan memimpin pergerakan pendidikan Cina, beliau turut menceburi bidang penulisan rencana dan puisi klasik. Sejak sebelum perang hingga ke tahun 1954, beliau menulis rencana dalam lembaran „Shi Sheng‟ dan „Shang Yu‟, kedua-duanya dalam akhbar Nanyang Siang Pau. Pada tahun 1956, sebahagian karya beliau telah dikumpul dan diterbitkan dalam 3 buah koleksi oleh anak muridnya. Selepas permit mengajar dan status kewarganegaraan Lim dilucutkan oleh kerajaan pada tahun 1961, beliau terpaksa meninggalkan kerjayanya dan melepaskan jawatannya sebagai Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia ( dikenali juga sebagai Jiao Zong) yang telah dipimpin selama 8 tahun (1954-1961). Selepas itu, beliau menerbitkan sebuah koleksi rencana dan sebuah koleksi puisi klasik. Namun demikian, banyak penulisan Lim belum dikumpul dan diterbitkan. Fokus utama kajian yang dibuat oleh sarjana sebelum ini lebih cenderung menekankan topik pendidikan Cina. Justeru kajian ini memberi fokus ke atas rencana dan puisi klasik beliau yang masih terabai. Kajian mendapati tema rencana Lim berkaitan dengan pelbagai isu, termasuk sosial, politik, pendidikan, kebudayaan, penulisan dan hal-hal kehidupan harian. Ciri penulisan beliau jelas dipengaruhi oleh pemikir Cina moden seperti Liang Qichao, Hu Shi dan Lu Xun. Pemikiran dalam rencana beliau merangkumi isu falsafah Konfucian, pandangan terhadap agama dan semangat kenegaraan. Sementara itu, puisi klasik Lim merangkumi tema persahabatan, kekeluargaan dan percintaan, semangat patriotik, alam semulajadi dan catatan harian. Gaya penulisan puisi klasik beliau mewarisi tradisi sastera Cina yang dinamakan sebagai “Fu” (赋) ,“Bi” ( 比) , “Xing” ( 兴) , manakala aspek pemikiran mencerminkan falsafah Konfucianisme, Taoisme dan Buddhisme.