Pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia muslim profesional
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengamalan religiositi di kalangan belia Muslim profesional dalam memantapkan nilai akauntabiliti. Belia Muslim profesional sebagai peneraju dan pemegang amanah di dalam sistem pentadbiran negara merupakan delegasi untuk memacu negara menjadi sebuah negara m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69449/1/IPSS%202018%201%20-%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
my-upm-ir.69449 |
---|---|
record_format |
uketd_dc |
institution |
Universiti Putra Malaysia |
collection |
PSAS Institutional Repository |
language |
English |
topic |
Responsibility - Religious aspects - Islam |
spellingShingle |
Responsibility - Religious aspects - Islam Mohd Zin, Mohamad Zaid Pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia muslim profesional |
description |
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengamalan religiositi di kalangan belia Muslim
profesional dalam memantapkan nilai akauntabiliti. Belia Muslim profesional sebagai
peneraju dan pemegang amanah di dalam sistem pentadbiran negara merupakan delegasi
untuk memacu negara menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 mengikut
model dan acuan tempatan. Tugas belia Muslim profesional bukan sahaja perlu
merealisasikan aspek pemantapan akauntabiliti di tempat kerja, malah ia sebenarnya
perlu dimulai dengan pengukuhan di dalam pengamalan religiositi di dalam diri belia
Muslim itu sendiri. Walaupun Malaysia telah berusaha melalui pendekatan transformasi
mekanisma pengurusan awam bagi peningkatan prestasi dan akauntabiliti, namun
ketidakcekapan pekerja, rasuah, ponteng kerja dan sebagainya menyebabkan pencapaian
tidak menepati sasaran piawaian. Sebenarnya, cabaran terbesar bagi Malaysia adalah
sejauh mana human capital dapat dibangun dan dipertingkatkan kualitinya.
Pembangunan fizikal dan teknologi perlu diseimbangkan dengan keunggulan manusiawi,
iaitu individu-individu yang mantap amalan religiositinya. Kajian ini berpandukan kepada
tiga persoalan kajian: (1) Apakah (sejauh mana) pengamalan religiositi dalam pemantapan
akauntabiliti belia Muslim profesional (BMP)? (2) Bagaimanakah belia Muslim
profesional (BMP) menghadapi cabaran pengamalan religiositi dalam pemantapan
akauntabiliti? dan (3) Bagaimanakah langkah peningkatan pengamalan religiositi dalam
pemantapan akauntabiliti belia Muslim profesional (BMP) dilaksanakan? Kajian ini juga
bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih baik bagaimana menjadi seorang Muslim
mengikut acuan Islam yang sebenar serta memberi penerangan berkenaan tujuan dan
implikasi amalan religiositi kepada individu. Menurut agama Islam, keEsaan Allah s.w.t.
diekspresikan sebagai “tauhid” yang merupakan dasar utama di dalam pembentukan
“aqidah” yang memberi kesan secara langsung pada kehidupan individu Muslim.
Kerangka teoritikal amalan religiositi yang digunakan di dalam kajian ini adalah i) teori
tazkiyah an-nafs dan ii) teori murabathah yang disarankan oleh Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya ’Ulumuddin dengan mengambil kira elemen musyaratah (penepatan syaratsyarat
kejayaan), muraqabah (pemerhatian tingkah laku), muhasabah (penilaian diri),
mu'aqabah (peneguhan rohani), mujahadah (penentangan hawa nafsu) dan mu'atabah
(pembersihan jiwa). Penulisan ini terbentuk hasil daripada penyelidikan kualitatif yang
menggunakan beberapa siri temu bual separa berstruktur, analisis dokumen dan kaedah
pemerhatian bukan penyertaan di dalam meneliti amalan religiositi yang mempengaruhi
pemantapan akauntabiliti belia Muslim profesional.
Hasil kajian menunjukkan bahawa akauntabiliti belia Muslim terhasil daripada
pengamalan religiositi melalui i) amalan ijtima’i yang terdiri daripada penyertaan dalam
program keagamaan secara istiqamah dan solat fardu berjemaah dan ii) amalan infiradi
yang merangkumi solat sunat dhuha, zikir dan istighfar, membaca al-Quran, berdakwah,
puasa sunat, berdoa dan bersedekah. Kombinasi amalan ijtima’i dan amalan infiradi
kemudiannya membentuk pemantapan hubungan seseorang individu dengan Allah s.w.t
(habluminallah) serta menjalin hubungan baik sesama masyarakat dan rakan sekerja
secara amnya (habluminannas).
Kajian ini menyumbang kepada perbincangan berterusan dan mendalam mengenai
kepentingan pengamalan religiositi terhadap pemantapan akauntabiliti, melibatkan tahap
kefahaman dan pengamalan ilmu agama yang berbeza-beza dalam kalangan belia
Muslim profesional (BMP), dan bagaimana golongan ini menghadapi cabaran
pengamalan religiositi serta langkah peningkatan pengamalan religiositi semasa di
tempat kerja. Pendekatan kaedah temu bual mendalam dan separa berstruktur
memberikan gambaran terhadap kepentingan dan cabaran mengenai isu atau amalan
religiositi yang perlu diketengahkan.
Kajian ini turut menyumbangkan maklumat yang memberi manfaat kepada golongan
belia Muslim profesional (BMP) yang menjawat jawatan di sektor awam agar
mengendalikan tugas dengan penuh akauntabiliti. Ini menunjukkan bahawa bukanlah
persoalan sama ada seseorang itu berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang atau
tidak tetapi bagaimana untuk berakauntabiliti mengikut landasan Allah s.w.t yang akan
membawa kejayaan hidup yang sempurna. |
format |
Thesis |
qualification_level |
Doctorate |
author |
Mohd Zin, Mohamad Zaid |
author_facet |
Mohd Zin, Mohamad Zaid |
author_sort |
Mohd Zin, Mohamad Zaid |
title |
Pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia muslim profesional |
title_short |
Pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia muslim profesional |
title_full |
Pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia muslim profesional |
title_fullStr |
Pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia muslim profesional |
title_full_unstemmed |
Pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia muslim profesional |
title_sort |
pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia muslim profesional |
granting_institution |
Universiti Putra Malaysia |
publishDate |
2018 |
url |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69449/1/IPSS%202018%201%20-%20IR.pdf |
_version_ |
1747812699970994176 |
spelling |
my-upm-ir.694492019-07-02T07:12:54Z Pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia muslim profesional 2018-03 Mohd Zin, Mohamad Zaid Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengamalan religiositi di kalangan belia Muslim profesional dalam memantapkan nilai akauntabiliti. Belia Muslim profesional sebagai peneraju dan pemegang amanah di dalam sistem pentadbiran negara merupakan delegasi untuk memacu negara menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 mengikut model dan acuan tempatan. Tugas belia Muslim profesional bukan sahaja perlu merealisasikan aspek pemantapan akauntabiliti di tempat kerja, malah ia sebenarnya perlu dimulai dengan pengukuhan di dalam pengamalan religiositi di dalam diri belia Muslim itu sendiri. Walaupun Malaysia telah berusaha melalui pendekatan transformasi mekanisma pengurusan awam bagi peningkatan prestasi dan akauntabiliti, namun ketidakcekapan pekerja, rasuah, ponteng kerja dan sebagainya menyebabkan pencapaian tidak menepati sasaran piawaian. Sebenarnya, cabaran terbesar bagi Malaysia adalah sejauh mana human capital dapat dibangun dan dipertingkatkan kualitinya. Pembangunan fizikal dan teknologi perlu diseimbangkan dengan keunggulan manusiawi, iaitu individu-individu yang mantap amalan religiositinya. Kajian ini berpandukan kepada tiga persoalan kajian: (1) Apakah (sejauh mana) pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia Muslim profesional (BMP)? (2) Bagaimanakah belia Muslim profesional (BMP) menghadapi cabaran pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti? dan (3) Bagaimanakah langkah peningkatan pengamalan religiositi dalam pemantapan akauntabiliti belia Muslim profesional (BMP) dilaksanakan? Kajian ini juga bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih baik bagaimana menjadi seorang Muslim mengikut acuan Islam yang sebenar serta memberi penerangan berkenaan tujuan dan implikasi amalan religiositi kepada individu. Menurut agama Islam, keEsaan Allah s.w.t. diekspresikan sebagai “tauhid” yang merupakan dasar utama di dalam pembentukan “aqidah” yang memberi kesan secara langsung pada kehidupan individu Muslim. Kerangka teoritikal amalan religiositi yang digunakan di dalam kajian ini adalah i) teori tazkiyah an-nafs dan ii) teori murabathah yang disarankan oleh Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya ’Ulumuddin dengan mengambil kira elemen musyaratah (penepatan syaratsyarat kejayaan), muraqabah (pemerhatian tingkah laku), muhasabah (penilaian diri), mu'aqabah (peneguhan rohani), mujahadah (penentangan hawa nafsu) dan mu'atabah (pembersihan jiwa). Penulisan ini terbentuk hasil daripada penyelidikan kualitatif yang menggunakan beberapa siri temu bual separa berstruktur, analisis dokumen dan kaedah pemerhatian bukan penyertaan di dalam meneliti amalan religiositi yang mempengaruhi pemantapan akauntabiliti belia Muslim profesional. Hasil kajian menunjukkan bahawa akauntabiliti belia Muslim terhasil daripada pengamalan religiositi melalui i) amalan ijtima’i yang terdiri daripada penyertaan dalam program keagamaan secara istiqamah dan solat fardu berjemaah dan ii) amalan infiradi yang merangkumi solat sunat dhuha, zikir dan istighfar, membaca al-Quran, berdakwah, puasa sunat, berdoa dan bersedekah. Kombinasi amalan ijtima’i dan amalan infiradi kemudiannya membentuk pemantapan hubungan seseorang individu dengan Allah s.w.t (habluminallah) serta menjalin hubungan baik sesama masyarakat dan rakan sekerja secara amnya (habluminannas). Kajian ini menyumbang kepada perbincangan berterusan dan mendalam mengenai kepentingan pengamalan religiositi terhadap pemantapan akauntabiliti, melibatkan tahap kefahaman dan pengamalan ilmu agama yang berbeza-beza dalam kalangan belia Muslim profesional (BMP), dan bagaimana golongan ini menghadapi cabaran pengamalan religiositi serta langkah peningkatan pengamalan religiositi semasa di tempat kerja. Pendekatan kaedah temu bual mendalam dan separa berstruktur memberikan gambaran terhadap kepentingan dan cabaran mengenai isu atau amalan religiositi yang perlu diketengahkan. Kajian ini turut menyumbangkan maklumat yang memberi manfaat kepada golongan belia Muslim profesional (BMP) yang menjawat jawatan di sektor awam agar mengendalikan tugas dengan penuh akauntabiliti. Ini menunjukkan bahawa bukanlah persoalan sama ada seseorang itu berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang atau tidak tetapi bagaimana untuk berakauntabiliti mengikut landasan Allah s.w.t yang akan membawa kejayaan hidup yang sempurna. Responsibility - Religious aspects - Islam 2018-03 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69449/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69449/1/IPSS%202018%201%20-%20IR.pdf text en public doctoral Universiti Putra Malaysia Responsibility - Religious aspects - Islam |