Penggunaan sumber haiwan dalam penghasilan produk halal di Malaysia

Kajian ini membincangkan penggunaan sumber haiwan dalam penghasilan produk halal di Malaysia. Permasalahan utama kajian berpunca daripada perbezaan pandangan ulama dalam menentukan aspek kenajisan dan kesucian anggota haiwan, membawa kepada ketidakseragaman fatwa mengenai status halal beberapa produ...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Salleh, Mohd Mahyeddin
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69839/1/IPPH%202016%2010%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan penggunaan sumber haiwan dalam penghasilan produk halal di Malaysia. Permasalahan utama kajian berpunca daripada perbezaan pandangan ulama dalam menentukan aspek kenajisan dan kesucian anggota haiwan, membawa kepada ketidakseragaman fatwa mengenai status halal beberapa produk yang berasaskan haiwan dalam industri. Objektif kajian adalah mengenal pasti produk yang dihasilkan daripada sumber haiwan dalam konteks industri halal di Malaysia, menganalisis pandangan Syarak dan fatwa semasa mengenai hukum memanfaatkan bahan-bahan daripada sumber haiwan, seterusnya mencadangkan penyelesaian hukum kepada dua jenis produk yang dihasilkan daripada sumber haiwan. Metodologi kajian berbentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis dokumen, temubual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahan-bahan daripada sumber haiwan sememangnya digunakan secara meluas di peringkat industri meliputi pelbagai sektor produk makanan dan bukan makanan. Analisis pandangan fuqaha mendapati hanya sumber haiwan yang disembelih secara Syarak yang disepakati sebagai halal, manakala bahan-bahan daripada bangkai khinzir adalah disepakati najis. Bagaimanapun, bagi bangkai haiwan bukan daripada kategori najis berat (mughallaẓah) berlaku perselisihan pendapat berpunca daripada perbezaan tafsiran para ulama terhadap dalil-dalil Syarak merangkumi al-Quran, hadis, qiyās, adat dan maslahah. Dalam kes tanduk rusa baldu untuk perubatan, hukum haram adalah lebih tepat disebabkan pemotongan tanduk ketika hidup menyakitkan rusa berdasarkan dapatan saintifik dan teori perubahan fatwa (Taghayyur al-Fatwā). Manakala pemanfaatan tulang haiwan dalam produk gunaan, fatwa yang mengharuskan penggunaannya didapati lebih kuat dengan syarat ia tidak berunsurkan daripada khinzir, berdasarkan teori perubahan secara pembakaran (Istiḥālah bi al-Iḥrāq). Kajian menemukan pembuktian saintifik sebagai salah satu elemen pengukuh fatwa masakini terhadap produk berasaskan sumber haiwan. Keputusan fatwa halal tidak boleh terikat dengan hanya satu aliran mazhab sahaja, sebaliknya turut perlu mengambilkira pandangan daripada mazhab lain, selagimana pandangan tersebut bertepatan dengan maslahah umat Islam.