Pendidikan pengembangan dan amalan penternak lembu pedaging dalam program kawasan tumpuan sasaran di Semenanjung Malaysia

Objektif umum kajian ini adalah untuk menentukan tahap pendidikan pengembangan dan amalan penternak lembu pedaging dalam program kawasan tumpuan sasaran (KTS) di Semenanjung Malaysia. Manakala objektif khusus adalah menentukan tahap pengetahuan responden terhadap pendidikan pengembangan di bawah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nor, Nik Muhamad Adnan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/69864/1/IPSS%202016%204%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif umum kajian ini adalah untuk menentukan tahap pendidikan pengembangan dan amalan penternak lembu pedaging dalam program kawasan tumpuan sasaran (KTS) di Semenanjung Malaysia. Manakala objektif khusus adalah menentukan tahap pengetahuan responden terhadap pendidikan pengembangan di bawah Program KTS, menentukan tahap penglibatan responden di dalam pendidikan pengembangan Program KTS dan menentukan tahap kesan pendidikan pengembangan terhadap responden di bawah Program KTS. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpulkan data di empat zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Barat di Semenanjung Malaysia. Sampel keseluruhan kajian ialah berjumlah 187 responden. Kajian ini mendapati tahap pengetahuan responden adalah tinggi. Namun demikian, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) perlu mempergiatkan lagi usaha memberi pendidikan dan pengetahuan mengenai program KTS ini kepada setiap penternak agar sesuatu teknologi dan kepakaran dapat diterima dengan baik oleh setiap penternak. Kajian ini turut menyentuh mengenai tahap penglibatan responden dalam di Program KTS. Dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan adalah tinggi. Penglibatan antara kedua-dua pihak antara JPV dan penternak melalui aktiviti pengembangan mampu mewujudkan perhubungan erat dan membantu melakukan kerja-kerja secara sistematik. Kesan pendidikan pengembangan terhadap amalan ladang didapati sederhana dalam kajian ini. Pemindahan teknologi dan maklumat yang mutakhir oleh JPV melalui aktiviti pendidikan pengembangan akan membantu penternak menyelesaikan masalah ternakan dan memperkenalkan kaedah untuk meningkatkan pulangan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum. Keputusan analisis korelasi menunjukkan tahap pengetahuan, tahap penglibatan, dan umur responden tidak menunjukkan perkaitan yang kuat dengan kesan pendidikan pengembangan terhadap responden. Kesimpulannya, nilai keseluruhan tahap kesan pendidikan pengembangan yang dialami penternak lembu pedaging dalam program KTS menunjukkan penerimaan yang sederhana. Penemuan dalam kajian ini telah membawa kepada beberapa saranan dan cadangan yang diharap dapat membantu meningkatkan keberkesanan program ini sekaligus membantu meningkatkan pengeluaran daging negara.