Bahasa cerminan nilai budi dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia

Penyelidikan ini memfokuskan peristiwa bahasa, iaitu kesantunan verbal dan bukan verbal dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peristiwa bahasa, menganalisis jenis bahasa, dan menghuraikan nilai budi cerminan daripada peristiwa bahasa. K...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Hassim, Siti Zainab
格式: Thesis
语言:Malay
出版: 2017
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70014/1/FBMK%202017%2066%20-%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Penyelidikan ini memfokuskan peristiwa bahasa, iaitu kesantunan verbal dan bukan verbal dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peristiwa bahasa, menganalisis jenis bahasa, dan menghuraikan nilai budi cerminan daripada peristiwa bahasa. Kajian ini menggunakan lima strategi kesantunan yang terdapat dalam Model Kesantunan Asmah (2000) dan 26 Komponen Hati Budi Melayu Hashim Haji Musa (2008). Pendekatan kualitatif seperti temu bual dan pemerhatian digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis hasil dapatan kajian. Dapatan menunjukkan bahawa, dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, terdapat enam tatacara kebahasaan yang utama, iaitu majlis merisik, majlis pertunangan, menjemput tetamu untuk meraikan majlis atau walimatul urus, majlis akad nikah, majlis kesyukuran sempena perkahwinan, dan majlis menyambut menantu. Setiap tatacara adat perkahwinan tersebut, terdapat peristiwa bahasa atau kesantunan bukan verbal masyarakat Melayu yang tergambar melalui peranan peserta, lokasi atau suasana, dan atur cara majlis. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan juga terdapat tujuh jenis bahasa yang dapat menggambarkan kesantunan verbal dan bukan verbal, iaitu bahasa bukan verbal dalam majlis, perlambangan bahasa artifak perkahwinan, bahasa santun dalam kad jemputan perkahwinan, pantun dalam adat perkahwinan, penggunaan perkataan (artifak/ benda/ tingkah laku berkaitan perkahwinan) dalam dialek Kelantan, bahasa verbal dalam Majlis Akad Nikah, dan bahasa verbal dalam khutbah nikah. Peristiwa bahasa dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di Kelantan, tergambar melalui kesantunan bukan verbal, iaitu baik hati, jujur, beradab dalam majlis, menghargai atau memuliakan tetamu, tolong-menolong, kata nasihat atau ucapan berhikmah, merendah diri, doa atau kesyukuran kepada Allah SWT, hubungan silaturahim, mengikut peraturan atau ketetapan syarie dan cinta kasih kepada pasangan. Secara keseluruhannya, lima strategi kesantunan yang terdapat dalam Model Kesantunan Asmah (2000), telah berjaya mencungkil peristiwa bahasa, iaitu kesantunan verbal dan bukan verbal yang terdapat dalam peristiwa bahasa dan jenis bahasa serta Komponen Hati Budi Melayu Hashim Haji Musa (2008) berjaya mencungkil sebelas nilai budi cerminan daripada peristiwa bahasa dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu di negeri Kelantan.