Nilai pendidikan dalam Kisah 25 Rasul untuk mendidik kanak-kanak berdasarkan pendekatan Islam

Kajian ini merupakan satu kajian kesusasteraan kanak-kanak yang membicarakan tentang Nilai Pendidikan Dalam Kisah 25 Rasul Untuk Mendidik Kanak-Kanak Berdasarkan Pendekatan Islam. Dalam kajian ini, terdapat dua objektif utama iaitu pertama, mengenal pasti nilai-nilai pendidikan yang terdapat dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Saali, Mior Muhammad Saiful Nizan
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70065/1/FBMK%202014%2053%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu kajian kesusasteraan kanak-kanak yang membicarakan tentang Nilai Pendidikan Dalam Kisah 25 Rasul Untuk Mendidik Kanak-Kanak Berdasarkan Pendekatan Islam. Dalam kajian ini, terdapat dua objektif utama iaitu pertama, mengenal pasti nilai-nilai pendidikan yang terdapat dalam Kisah 25 Rasul Untuk kanak-kanak. Kedua, mengkategorikan nilai-nilai pendidikan yang terdapat dalam Kisah 25 Rasul untuk kanak-kanak berdasarkan pendekatan Islam. Bagi untuk mencapai objektif kajian, Pendekatan pendidikan kanak-kanak dalam Islam yang dikemukan oleh Dr Abdullah Nasih Ulwan (1996) digunakan. Melalui pendekatan ini, nilai-nilai pendidikan yang terdapat dalam Kisah 25 Rasul Untuk Adik-Adik dianalisis daripada tujuh aspek iaitu i. Pendidikan iman, ii. Pendidikan akhlak, iii. Pendidikan fizikal, iv. Pendidikan intelektual, v. Pendidikan psikologi, vi. Pendidikan sosial dan vii. Pendidikan seksual. Dapatan kajian mendapati Kisah 25 Rasul Untuk Adik-Adik menepati pendekatan yang digunakan kerana mengandungi tujuh nilai-nilai pendidikan yang digariskan dalam pendidikan kanak-kanak dalam Islam. Kesimpulannya, kisah ini sesuai digunakan sebagai satu wadah penyampaian yang berkesan kepada kanak-kanak terutamanya dalam mendidik mereka ke arah memahami nilai-nilai murni yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan berlandaskan acuan Islam.