Penguasaan frasa Al-Iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu

Penguasaan frasa sesuatu bahasa adalah sangat penting dalam memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa itu sendiri. Keupayaan untuk memahami sesuatu bahasa boleh terjejas tanpa penguasaan yang mantap dalam struktur sintaksis sesuatu frasa seperti frasa al-iḍāfah. Pelbagai kajian telah melaporkan tentang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Shekarma
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70086/1/FBMK%202014%2066%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.70086
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.700862019-10-31T06:52:31Z Penguasaan frasa Al-Iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu 2014-08 Abdullah, Shekarma Penguasaan frasa sesuatu bahasa adalah sangat penting dalam memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa itu sendiri. Keupayaan untuk memahami sesuatu bahasa boleh terjejas tanpa penguasaan yang mantap dalam struktur sintaksis sesuatu frasa seperti frasa al-iḍāfah. Pelbagai kajian telah melaporkan tentang kelemahan para pelajar dalam penguasaan frasa. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan dan juga pola kesalahan para pelajar Diploma Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), kampus Gong Badak, Terengganu, dalam frasa al-iḍāfah, serta mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan secara statistik antara jenis jurusan pengajian Islam pelajar peringkat diploma dengan penguasaan frasa al-iḍāfah. Selain daripada itu, ia juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan secara statistik antara perbezaan jantina pelajar dengan penguasaan frasa al-iḍāfah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang dijalankan melalui kaedah tinjauan deskriptif yang dinamakan tinjauan keratan lintang. Satu set soalan ujian bertulis berkaitan dengan frasa al-iḍāfah telah diuji kepada 186 orang responden kajian, daripada 302 orang populasi kajian. Data-data yang telah diperoleh, dianalisis melalui dua jenis kaedah penganalisisan data, iaitu analisis deskriptif dan juga analisis inferensi. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berada pada tahap rendah (lemah) dalam penguasaan frasa al-iḍāfah, rentetan daripada wujudnya pelbagai pola kesalahan penggunaan frasa al-iḍāfah pada domain ujian yang kedua, ketiga, keempat dan kelima dalam set soalan ujian frasa al-iḍāfah. Keputusan ujian ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara pelajar-pelajar Diploma Pengajian Islam (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) dan juga para pelajar dalam jurusan-jurusan pengajian Islam yang lain dalam penguasaan frasa al-iḍāfah. Keputusan ujian Mann-Whitney U juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara pelajar perempuan dan juga pelajar lelaki dalam penguasaan frasa al-iḍāfah. Dapatan-dapatan kajian yang telah diperoleh akan menyumbang kepada peningkatan dan juga penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu khususnya dan di Institusi Pengajian Tinggi yang lain umumnya. Arabic language - Terms and phrases 2014-08 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70086/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70086/1/FBMK%202014%2066%20-%20IR.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Arabic language - Terms and phrases
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Arabic language - Terms and phrases


spellingShingle Arabic language - Terms and phrases


Abdullah, Shekarma
Penguasaan frasa Al-Iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu
description Penguasaan frasa sesuatu bahasa adalah sangat penting dalam memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa itu sendiri. Keupayaan untuk memahami sesuatu bahasa boleh terjejas tanpa penguasaan yang mantap dalam struktur sintaksis sesuatu frasa seperti frasa al-iḍāfah. Pelbagai kajian telah melaporkan tentang kelemahan para pelajar dalam penguasaan frasa. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan dan juga pola kesalahan para pelajar Diploma Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), kampus Gong Badak, Terengganu, dalam frasa al-iḍāfah, serta mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan secara statistik antara jenis jurusan pengajian Islam pelajar peringkat diploma dengan penguasaan frasa al-iḍāfah. Selain daripada itu, ia juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat hubungan signifikan secara statistik antara perbezaan jantina pelajar dengan penguasaan frasa al-iḍāfah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang dijalankan melalui kaedah tinjauan deskriptif yang dinamakan tinjauan keratan lintang. Satu set soalan ujian bertulis berkaitan dengan frasa al-iḍāfah telah diuji kepada 186 orang responden kajian, daripada 302 orang populasi kajian. Data-data yang telah diperoleh, dianalisis melalui dua jenis kaedah penganalisisan data, iaitu analisis deskriptif dan juga analisis inferensi. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar berada pada tahap rendah (lemah) dalam penguasaan frasa al-iḍāfah, rentetan daripada wujudnya pelbagai pola kesalahan penggunaan frasa al-iḍāfah pada domain ujian yang kedua, ketiga, keempat dan kelima dalam set soalan ujian frasa al-iḍāfah. Keputusan ujian ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara pelajar-pelajar Diploma Pengajian Islam (Bahasa dan Kesusasteraan Arab) dan juga para pelajar dalam jurusan-jurusan pengajian Islam yang lain dalam penguasaan frasa al-iḍāfah. Keputusan ujian Mann-Whitney U juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara pelajar perempuan dan juga pelajar lelaki dalam penguasaan frasa al-iḍāfah. Dapatan-dapatan kajian yang telah diperoleh akan menyumbang kepada peningkatan dan juga penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu khususnya dan di Institusi Pengajian Tinggi yang lain umumnya.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Abdullah, Shekarma
author_facet Abdullah, Shekarma
author_sort Abdullah, Shekarma
title Penguasaan frasa Al-Iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu
title_short Penguasaan frasa Al-Iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu
title_full Penguasaan frasa Al-Iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu
title_fullStr Penguasaan frasa Al-Iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu
title_full_unstemmed Penguasaan frasa Al-Iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan Pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu
title_sort penguasaan frasa al-iḍâfah dalam kalangan pelajar jurusan pengajian islam universiti sultan zainal abidin terengganu
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2014
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70086/1/FBMK%202014%2066%20-%20IR.pdf
_version_ 1747812756771307520