Hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah

Berdasarkan sorotan litearatur mengenai kajian pemindahan latihan mendapati bahawa faktor individu, persekitaran kerja dan reka bentuk latihan dengan pemindahan latihan telah banyak dikaji. Walau bagaimanapun akauntabiliti merupakan faktor yang masih belum dikaji secara meluas. Sedangkan faktor ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahim, Haslina
Format: Thesis
Language:English
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70404/1/FPP%202014%2063%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.70404
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.704042019-10-30T07:32:51Z Hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah 2014-08 Abdul Rahim, Haslina Berdasarkan sorotan litearatur mengenai kajian pemindahan latihan mendapati bahawa faktor individu, persekitaran kerja dan reka bentuk latihan dengan pemindahan latihan telah banyak dikaji. Walau bagaimanapun akauntabiliti merupakan faktor yang masih belum dikaji secara meluas. Sedangkan faktor ini merupakan elemen penting yang merujuk kepada sifat kebertanggungjawaban guru untuk mengaplikasi apa yang dipelajari dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap ke sekolah. Justeru itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru-guru siswazah sekolah rendah di Selangor. Teori dan model kajian ini berasaskan Teori Persamaan Elemen, Teori Pemindahan Kognitif, Teori Pembelajaran Dewasa, Teori Akauntabiliti (Schlenker, Britt, Pennington, Murphy dan Doherty, 1994) dan Model Pemindahan Latihan (Baldwin & Ford, 1988; Holton, 2000). Kajian ini merupakan kajian deskriptif korelasi dengan pengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik terbahagi kepada enam bahagian iaitu maklumat latar belakang responden, pemindahan latihan, faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti. Sampel kajian terdiri daripada 197 orang guru sekolah rendah yang telah tamat mengikuti Program Pensiswazahan Guru daripada lima buah daerah di Selangor yang dipilih secara kaedah persampelan rawak berkelompok. Instrumen kajian adalah soal selidik yang telah dibina oleh beberapa orang pengkaji. Instrumen tahap pemindahan latihan diadaptasi daripada instrumen Thayer dan Teachout (1995), Mohamad (2003) dan Sakinah (2003) dengan kebolehpercayaan α = .922 (n = 25). Instrumen Learning Training System Inventori oleh Holton, Bates dan Ruona, (2000) dan instrumen yang dibina oleh Sakinah (2003) diadaptasi bagi mengukur faktor individu, persekitaran kerja dan reka bentuk latihan dengan kebolehpercayaan α = .914, .928 dan .959 (n = 25). Instrumen untuk mengukur akauntabiliti diadaptasi daripada instrumen The 2010 FedView Survey dan instrumen yang dibina oleh Hochwarter, Kacmar dan Ferris (2003) dengan kebolehpercayaan α = .878, (n = 25). Frekuensi dan peratusan, min dan sisihan piawai, ujian Korelasi Pearson dan Ujian Regresi Berganda telah diguna pakai untuk menganalisis data-data tersebut. Dapatan deskriptif kajian menunjukkan bahawa tahap pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah sekolah rendah di Selangor adalah tinggi. Ujian korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif masing-masing di antara pemindahan latihan guru dan faktor individu, diikuti oleh reka bentuk latihan, akauntabiliti dan persekitaran kerja. Berdasarkan ujian Regresi pula, dapatan kajian mendapati hanya faktor individu dan reka bentuk latihan mempengaruhi pemindahan latihan perguruan. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan supaya kedua-dua faktor yang mempengaruhi ini diberi penekanan dalam mereka bentuk latihan guru ke arah memastikan tahap pemindahan latihan adalah optimum. Teachers - Training of - Selangor (Malaysia) Education - Study and teaching 2014-08 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70404/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70404/1/FPP%202014%2063%20IR.pdf text en public masters Universiti Putra Malaysia Teachers - Training of - Selangor (Malaysia) Education - Study and teaching
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language English
topic Teachers - Training of - Selangor (Malaysia)
Education - Study and teaching

spellingShingle Teachers - Training of - Selangor (Malaysia)
Education - Study and teaching

Abdul Rahim, Haslina
Hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah
description Berdasarkan sorotan litearatur mengenai kajian pemindahan latihan mendapati bahawa faktor individu, persekitaran kerja dan reka bentuk latihan dengan pemindahan latihan telah banyak dikaji. Walau bagaimanapun akauntabiliti merupakan faktor yang masih belum dikaji secara meluas. Sedangkan faktor ini merupakan elemen penting yang merujuk kepada sifat kebertanggungjawaban guru untuk mengaplikasi apa yang dipelajari dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap ke sekolah. Justeru itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru-guru siswazah sekolah rendah di Selangor. Teori dan model kajian ini berasaskan Teori Persamaan Elemen, Teori Pemindahan Kognitif, Teori Pembelajaran Dewasa, Teori Akauntabiliti (Schlenker, Britt, Pennington, Murphy dan Doherty, 1994) dan Model Pemindahan Latihan (Baldwin & Ford, 1988; Holton, 2000). Kajian ini merupakan kajian deskriptif korelasi dengan pengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik terbahagi kepada enam bahagian iaitu maklumat latar belakang responden, pemindahan latihan, faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti. Sampel kajian terdiri daripada 197 orang guru sekolah rendah yang telah tamat mengikuti Program Pensiswazahan Guru daripada lima buah daerah di Selangor yang dipilih secara kaedah persampelan rawak berkelompok. Instrumen kajian adalah soal selidik yang telah dibina oleh beberapa orang pengkaji. Instrumen tahap pemindahan latihan diadaptasi daripada instrumen Thayer dan Teachout (1995), Mohamad (2003) dan Sakinah (2003) dengan kebolehpercayaan α = .922 (n = 25). Instrumen Learning Training System Inventori oleh Holton, Bates dan Ruona, (2000) dan instrumen yang dibina oleh Sakinah (2003) diadaptasi bagi mengukur faktor individu, persekitaran kerja dan reka bentuk latihan dengan kebolehpercayaan α = .914, .928 dan .959 (n = 25). Instrumen untuk mengukur akauntabiliti diadaptasi daripada instrumen The 2010 FedView Survey dan instrumen yang dibina oleh Hochwarter, Kacmar dan Ferris (2003) dengan kebolehpercayaan α = .878, (n = 25). Frekuensi dan peratusan, min dan sisihan piawai, ujian Korelasi Pearson dan Ujian Regresi Berganda telah diguna pakai untuk menganalisis data-data tersebut. Dapatan deskriptif kajian menunjukkan bahawa tahap pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah sekolah rendah di Selangor adalah tinggi. Ujian korelasi mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan yang positif masing-masing di antara pemindahan latihan guru dan faktor individu, diikuti oleh reka bentuk latihan, akauntabiliti dan persekitaran kerja. Berdasarkan ujian Regresi pula, dapatan kajian mendapati hanya faktor individu dan reka bentuk latihan mempengaruhi pemindahan latihan perguruan. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan supaya kedua-dua faktor yang mempengaruhi ini diberi penekanan dalam mereka bentuk latihan guru ke arah memastikan tahap pemindahan latihan adalah optimum.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Abdul Rahim, Haslina
author_facet Abdul Rahim, Haslina
author_sort Abdul Rahim, Haslina
title Hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah
title_short Hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah
title_full Hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah
title_fullStr Hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah
title_full_unstemmed Hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah
title_sort hubungan faktor individu, persekitaran kerja, reka bentuk latihan dan akauntabiliti dengan pemindahan latihan perguruan dalam kalangan guru siswazah
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2014
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70404/1/FPP%202014%2063%20IR.pdf
_version_ 1747812831247466496