Perkaitan antara pengetahuan alam sekitar dan persepsi terhadap gaya hidup lestari dengan amalan penggunaan lestari dalam kalangan remaja bandar di Selangor, Malaysia

Isu kelestarian semakin menjadi tumpuan dalam penyelidikan. Tambahan pula, wujud kebimbangan terhadap isu kelestarian alam sekitar dalam pelbagai bidang. Bagi mencapai matlamat kelestarian semua pihak perlu memainkan peranan termasuklah golongan remaja. Namun begitu, isu dan masalah alam sekitar did...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakaria, Nurul Fardini
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70413/1/FEM%202017%2012%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu kelestarian semakin menjadi tumpuan dalam penyelidikan. Tambahan pula, wujud kebimbangan terhadap isu kelestarian alam sekitar dalam pelbagai bidang. Bagi mencapai matlamat kelestarian semua pihak perlu memainkan peranan termasuklah golongan remaja. Namun begitu, isu dan masalah alam sekitar didapati semakin kritikal pada masa kini. Lantaran itu penerapan aspek penggunaan lestari dalam kehidupan seharian golongan remaja dilihat sebagai antara penyelesaian terhadap masalah alam sekitar. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan perkaitan antara pengetahuan alam sekitar, persepsi terhadap gaya hidup lestari, sikap penggunaan lestari dan aktiviti dengan amalan penggunaan lestari dalam kalangan remaja bandar di Selangor. Terdapat empat objektif dalam kajian ini: 1) Mengukur tahap pengetahuan alam sekitar, persepsi terhadap gaya hidup lestari, sikap penggunaan lestari, aktiviti masa lapang, aktiviti kokurikulum, aktiviti kerja rumah dan amalan penggunaan lestari remaja bandar; 2) Menentukan hubungan antara pengetahuan alam sekitar, persepsi terhadap gaya hidup lestari, sikap penggunaan lestari dengan amalan penggunaan lestari remaja bandar; 3) Mengukur kesan mediator sikap penggunaan lestari terhadap hubungan antara pengetahuan alam sekitar dan persepsi terhadap gaya hidup lestari dengan amalan penggunaan lestari remaja bandar dan 4) Mengukur kesan moderator aktiviti (masa lapang, kokurikulum dan kerja rumah) terhadap hubungan antara pengetahuan alam sekitar, persepsi terhadap gaya hidup lestari dan sikap penggunaan lestari dengan amalan penggunaan lestari. Sampel kajian terdiri daripada 877 orang pelajar tingkatan empat yang mewakili lapan buah sekolah menengah harian di negeri Selangor. Kajian ini berbentuk tinjauan dan teknik persampelan rawak mudah berperingkat digunakan dalam memilih sampel kajian. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, tahap pengetahuan alam sekitar responden adalah tinggi, persepsi terhadap gaya hidup lestari dan sikap penggunaan lestari adalah positif, dan amalan penggunaan lestari responden adalah positif. Sikap penggunaan lestari merupakan mediator separa bagi hubungan antara pengetahuan alam sekitar dan persepsi terhadap gaya hidup lestari dengan amalan penggunaan lestari. Didapati aktiviti masa lapang, kokurikulum dan kerja rumah merupakan moderator bagi hubungan antara angkubah pengetahuan alam sekitar, persepsi terhadap gaya hidup lestari dan sikap penggunaan lestari dengan amalan penggunaan lestari. Hasil dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak termasuklah pelajar dan pihak sekolah, penggubal undang–undang dan agensi berkaitan seperti Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui kajian ini, faktor-faktor amalan penggunaan lestari dalam kalangan remaja dapat dikenalpasti secara terperinci seterusnya dapat dijadikan input perlaksanaan program ke arah amalan penggunaan lestari dalam kalangan remaja.