Transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau dikenali sebagai YADIM merupakan sebuah Badan Amanah yang ditubuhkan oleh kerajaan berfungsi untuk melaksanakan gerakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Esa, Masitah
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70434/1/FEM%202017%2020%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.70434
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language Malay
topic Daʻwah (Islam)
Communication - Religious aspects - Islam

spellingShingle Daʻwah (Islam)
Communication - Religious aspects - Islam

Esa, Masitah
Transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia
description Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau dikenali sebagai YADIM merupakan sebuah Badan Amanah yang ditubuhkan oleh kerajaan berfungsi untuk melaksanakan gerakan dakwah bagi meningkatkan kefahaman ajaran Islam dan kesedaran dakwah Islamiah. Oleh yang demikian, pendekatan kualitatif adalah yang paling sesuai dan telah digunakan untuk mencapai objektif penyelidikan. Ini kerana responden seramai 24 orang mempunyai pengalaman dan penglibatan mereka dalam menjayakan program-program dakwah YADIM. Mereka merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan tertinggi dan para pegawai yang telah berkhidmat dengan YADIM. Selain itu, agensi sekutu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu juga telah memberi kerjasama dalam menjayakan program dan produk dakwah YADIM. Teknik temu bual secara bersemuka telah diadakan di samping pengumpulan bahan-bahan dokumentasi dan pemerhatian untuk mendapatkan data secara holistik. Data direkod dan dikod serta dianalisis secara verbatim dengan menggunakan perisian Atlas.Ti bagi membantu pengurusan data. Analisis terperinci dibuat untuk menghasilkan tema bagi menjawab persoalan kajian. Penemuan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh YADIM iaitu kepimpinan yang berkesan, kekurangan sumber kewangan, karenah birokrasi dalam pengurusan, kekurangan sumber tenaga manusia dan tiada kesinambungan program dakwah. Namun begitu mutakhir ini, YADIM telah melakukan transformasi bagi melaksanakan anjakan paradigma dalam gerakan dakwahnya iaitu pertama, gaya kepimpinan yang meliputi sifat pemimpin. Sifat ini termasuk pemimpin yang mempunyai imej yang berwibawa, berilmu dan berpengetahuan luas, berwawasan, bersikap terbuka, penerapan budaya dan nilai yang baik yang menjadi role model kepada warga YADIM dan masyarakat. Di samping mempunyai kompetensi kepimpinan meliputi kemahiran interpersonal dalam membina hubungan, berkeupayaan mencari dana melalui kerjasama pintar, menyelesaikan masalah dan berani membuat keputusan, kreatif dan inovatif dalam merancang serta melaksanakan program-program dakwah. Selain itu, teras utama transformasi dalam pengurusan meliputi kompetensi tenaga kerja, tadbir urus yang berkesan, pembangunan media dakwah, kemahiran berkomunikasi dan dorongan motivasi kepada keseluruhan warga YADIM. Hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa terdapat keberkesanan pelaksanaan program YADIM melalui jalinan kolaborasi bersama agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan NGO-NGO dengan rangkaian kerjasama dari sudut bantuan dana kewangan serta kerjasama dalam menjayakan program-program dakwah. Seterusnya, mendakwahkan masyarakat dan komuniti dengan menubuhkan Badan Khas yang terdiri daripada Majlis Dakwah Negara (MDN) Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), IKON Dakwah, Sahabat YADIM, Felo Dakwah, Sukarelawan Al-Falah dan lainlain untuk menyemarakkan kegiatan dakwah di negara ini. Metodologi dakwah diaplikasikan dengan pembangunan media masa kini seperti facebook, twitter, instragram, YADIMTV sebagai agen penjana dakwah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat dengan lebih berkesan. Keberkesanan program dan produk yang dilaksanakan oleh YADIM telah memberi impak positif kepada masyarakat. Ini kerana program-program utama dan bahan-bahan penerbitan YADIM telah menjadi trademark dan mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat. Kesimpulannya, agenda transformasi dakwah YADIM sebagai pemangkin kepada gerakan dakwah semasa melalui konsep amar ma'ruf nahi mungkar bagi memberi kefahaman, pengamalan dan penghayatan Islam kepada masyarakat. Usaha ini merupakan suatu pembentukan bagi melestarikan masyarakat yang bertamadun untuk menuju ke arah masyarakat madani secara komprehensif di negara ini.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Esa, Masitah
author_facet Esa, Masitah
author_sort Esa, Masitah
title Transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia
title_short Transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia
title_full Transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia
title_fullStr Transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia
title_full_unstemmed Transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia
title_sort transformasi yayasan dakwah islamiah malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di malaysia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2017
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70434/1/FEM%202017%2020%20-%20IR.pdf
_version_ 1747812837370101760
spelling my-upm-ir.704342019-08-29T02:20:26Z Transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia 2017-04 Esa, Masitah Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti transformasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dalam melaksanakan gerakan dakwah di Malaysia. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau dikenali sebagai YADIM merupakan sebuah Badan Amanah yang ditubuhkan oleh kerajaan berfungsi untuk melaksanakan gerakan dakwah bagi meningkatkan kefahaman ajaran Islam dan kesedaran dakwah Islamiah. Oleh yang demikian, pendekatan kualitatif adalah yang paling sesuai dan telah digunakan untuk mencapai objektif penyelidikan. Ini kerana responden seramai 24 orang mempunyai pengalaman dan penglibatan mereka dalam menjayakan program-program dakwah YADIM. Mereka merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan tertinggi dan para pegawai yang telah berkhidmat dengan YADIM. Selain itu, agensi sekutu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu juga telah memberi kerjasama dalam menjayakan program dan produk dakwah YADIM. Teknik temu bual secara bersemuka telah diadakan di samping pengumpulan bahan-bahan dokumentasi dan pemerhatian untuk mendapatkan data secara holistik. Data direkod dan dikod serta dianalisis secara verbatim dengan menggunakan perisian Atlas.Ti bagi membantu pengurusan data. Analisis terperinci dibuat untuk menghasilkan tema bagi menjawab persoalan kajian. Penemuan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh YADIM iaitu kepimpinan yang berkesan, kekurangan sumber kewangan, karenah birokrasi dalam pengurusan, kekurangan sumber tenaga manusia dan tiada kesinambungan program dakwah. Namun begitu mutakhir ini, YADIM telah melakukan transformasi bagi melaksanakan anjakan paradigma dalam gerakan dakwahnya iaitu pertama, gaya kepimpinan yang meliputi sifat pemimpin. Sifat ini termasuk pemimpin yang mempunyai imej yang berwibawa, berilmu dan berpengetahuan luas, berwawasan, bersikap terbuka, penerapan budaya dan nilai yang baik yang menjadi role model kepada warga YADIM dan masyarakat. Di samping mempunyai kompetensi kepimpinan meliputi kemahiran interpersonal dalam membina hubungan, berkeupayaan mencari dana melalui kerjasama pintar, menyelesaikan masalah dan berani membuat keputusan, kreatif dan inovatif dalam merancang serta melaksanakan program-program dakwah. Selain itu, teras utama transformasi dalam pengurusan meliputi kompetensi tenaga kerja, tadbir urus yang berkesan, pembangunan media dakwah, kemahiran berkomunikasi dan dorongan motivasi kepada keseluruhan warga YADIM. Hasil kajian juga telah menunjukkan bahawa terdapat keberkesanan pelaksanaan program YADIM melalui jalinan kolaborasi bersama agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan NGO-NGO dengan rangkaian kerjasama dari sudut bantuan dana kewangan serta kerjasama dalam menjayakan program-program dakwah. Seterusnya, mendakwahkan masyarakat dan komuniti dengan menubuhkan Badan Khas yang terdiri daripada Majlis Dakwah Negara (MDN) Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), IKON Dakwah, Sahabat YADIM, Felo Dakwah, Sukarelawan Al-Falah dan lainlain untuk menyemarakkan kegiatan dakwah di negara ini. Metodologi dakwah diaplikasikan dengan pembangunan media masa kini seperti facebook, twitter, instragram, YADIMTV sebagai agen penjana dakwah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat dengan lebih berkesan. Keberkesanan program dan produk yang dilaksanakan oleh YADIM telah memberi impak positif kepada masyarakat. Ini kerana program-program utama dan bahan-bahan penerbitan YADIM telah menjadi trademark dan mendapat sambutan yang baik di kalangan masyarakat. Kesimpulannya, agenda transformasi dakwah YADIM sebagai pemangkin kepada gerakan dakwah semasa melalui konsep amar ma'ruf nahi mungkar bagi memberi kefahaman, pengamalan dan penghayatan Islam kepada masyarakat. Usaha ini merupakan suatu pembentukan bagi melestarikan masyarakat yang bertamadun untuk menuju ke arah masyarakat madani secara komprehensif di negara ini. Daʻwah (Islam) Communication - Religious aspects - Islam 2017-04 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70434/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70434/1/FEM%202017%2020%20-%20IR.pdf text ms public doctoral Universiti Putra Malaysia Daʻwah (Islam) Communication - Religious aspects - Islam