Faktor mempengaruhi pelaksanaan solat murid tingkatan empat sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan ibadat solat dalam kalangan murid sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor Malaysia yang. Bertujuan untuk menentukan hubungan metodologi pengajaran guru, sikap murid terhadap ibadat solat dan persekitaran pembelajaran murid dengan pelaks...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Johari, Nurul Syuhada
格式: Thesis
語言:English
出版: 2017
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70701/1/FPP%202017%205%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pelaksanaan ibadat solat dalam kalangan murid sekolah menengah di daerah Hulu Langat, Selangor Malaysia yang. Bertujuan untuk menentukan hubungan metodologi pengajaran guru, sikap murid terhadap ibadat solat dan persekitaran pembelajaran murid dengan pelaksanaan ibadat solat. Kajian ini mengenal pasti sumbangan tiga faktor tersebut terhadap pelaksanaan ibadat solat murid menggunakan reka bentuk kajian korelasi dan teknik pensampelan rawak dua peringkat. Seramai 360 orang murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di daerah Hulu Langat dijadikan sebagai sampel kajian. Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik serta nilai kebolehpercayaan konstruk bagi metodologi pengajaran guru (.92), sikap murid terhadap ibadat solat (.76), persekitaran pembelajaran murid (.77) dan pelaksanaan ibadat solat (.89). Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan ibadat solat adalah tinggi (Min=4.26, SP=0.35), metodologi pengajaran guru berada pada tahap tinggi (Min=4.06, SP=0.40), sikap murid terhadap ibadat solat juga tinggi (Min=4.19, SP=0.32) dan persekitaran pembelajaran murid adalah tinggi (Min=4.07, SP=0.42). Manakala analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara metodologi pengajaran guru (r=.328), sikap murid terhadap ibadat solat (r=.288) dan persekitaran pembelajaran murid (r=.426) dengan pelaksanaan ibadat solat. Analisis regresi pula menunjukkan pemboleh ubah metodologi pengajaran guru (β=.109), sikap murid terhadap ibadat solat (β=.237), persekitaran pembelajaran murid (β=.267) telah menyumbang sebanyak 23.4 peratus terhadap pelaksanaan ibadat solat. Secara kesimpulannya, kajian ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan ibadat solat murid dipengaruhi oleh tiga faktor yang dikaji. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam menerapkan pendekatan dan kaedah yang bersesuaian dengan pengajaran ibadat solat agar dapat menarik minat murid untuk melaksanakan solat di sekolah. Di samping itu, peranan ibu bapa pula adalah memberi didikan agama yang sempurna serta menunjukkan sikap yang baik untuk dicontohi oleh anak-anak mereka.