Kaedah, proses dan faktor yang mempengaruhi pembelajaran tahfiz dalam kalangan murid sekolah agama kerajaan

Pendidikan tahfiz adalah aliran pendidikan yang kian mendapat sambutan di negara ini. Walaupun pelaksanaan pendidikan tahfiz sudah meluas di negara ini, namun pencapaian hafazan masih di tahap yang sederhana. Sebahagian guru tahfiz juga didapati menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang ti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Ishak, Sharini
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70762/1/FPP%202017%2028%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pendidikan tahfiz adalah aliran pendidikan yang kian mendapat sambutan di negara ini. Walaupun pelaksanaan pendidikan tahfiz sudah meluas di negara ini, namun pencapaian hafazan masih di tahap yang sederhana. Sebahagian guru tahfiz juga didapati menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak menyeluruh dan betul-betul berkesan. Kajian ini dijalankan bagi meneliti kaedah pembelajaran tahfiz dalam kalangan murid sekolah aliran tahfiz, proses pembelajaran tahfiz dalam kalangan murid sekolah aliran tahfiz dan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian hafazan murid. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul menggunakan temubual yang mendalam serta analisis dokumen yang berkaitan. Seramai dua belas orang murid dan enam orang guru yang terlibat sebagai subjek kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat enam kaedah pembelajaran, antaranya kaedah membaca, kaedah menulis, kaedah menggunakan mushaf khas, kaedah penguasaan hukum tajwid, kaedah pemahaman dan kaedah pengulangan yang digunakan oleh murid aliran tahfiz. Seterusnya proses pembelajaran tahfiz meliputi empat proses iaitu pembelajaran berasaskan disiplin, pemilihan masa, pemilihan tempat dan kelas bimbingan. Selanjutnya, faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid tahfiz, merangkumi faktor idola, faktor kemampuan diri, faktor persekitaran, dan faktor pendedahan guru. Kajian ini secara jelas mengemukakan kaedah dan proses pembelajaran tahfiz yang dapat membantu meningkatkan pencapaian murid aliran tahfiz. Disamping itu, kajian ini turut mengemukakan cadangan bagi program pendidikan guru dan latihan dalam perkhidmatan khusus berkaitan pembelajaran tahfiz bagi meningkatkan kualiti pembelajaran tahfiz secara khusus dan pendidikan tahfiz secara umum.