Leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said

Leksis merupakan unit yang penting dalam bahasa terutamanya dalam pembentukan ayat. Dari sudut linguistik, leksis merupakan perbendaharaan kata dalam bahasa. Dari sudut linguistik, leksis gender ialah perbendaharaan kata yang melibatkan jantina sama ada jantina lelaki, perempuan atau neuter (neutral...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saimon, Aminnudin
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2015
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/70977/1/FBMK%202015%2082%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Leksis merupakan unit yang penting dalam bahasa terutamanya dalam pembentukan ayat. Dari sudut linguistik, leksis merupakan perbendaharaan kata dalam bahasa. Dari sudut linguistik, leksis gender ialah perbendaharaan kata yang melibatkan jantina sama ada jantina lelaki, perempuan atau neuter (neutral). Penyelidik menyenaraikan tiga objektif kajian yang utama, iaitu, mengenal pasti penggunaan leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said, menganalisis leksis gender menggunakan teori analisis komponen, dan merumuskan kekuatan penggunaan leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said. Data penyelidikan dikumpul daripada empat buah novel terpilih A. Samad Said, iaitu ‘Langit Petang (1980)’, ‘Di Hadapan Pulau (2000)’, ‘Sungai Mengalir Lesu (2005)’, dan ‘Adik Datang (2012).Data leksis gender yang terdapat pada novel tersebut akan dianalisis menggunakan Teori Analisis Komponen.Hasil penyelidikan mendapati bahawa leksis gender yang dipaparkan dalam novel terpilih A. Samad Said dikategorikan kepada tujuh, iaitu, kekeluargaan, bentuk panggilan, gelaran, pekerjaan/jawatan, kata sifat, kata ganti nama diri dan kata nama. Hasil penyelidikan ini juga mendapati bahawa penggunaan leksis gender yang tepat dan betul akan mewujudkan kesantunan semasa berbahasa. Penggunaan teori analisis komponen juga dapat menyelesaikan masalah leksis gender yang dikatakan bersinonim. Selanjutnya, daripada 10,398 leksis gender yang dikaji, didapati leksis gender daripada kategori kata ganti nama diri mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 5,297, diikuti pula leksis gender daripada kategoti kekeluargaan yang berjumlah 1,928 dan leksis gender daripada kategori bentuk panggilan sebanyak 1,410. Penyelidikan yang dijalankan juga mendapati bahawa terdapat kaitan antara leksis gender dengan kesantunan. Di samping itu, penggunaan teori analisis komponen amat bersesuaian dalam menentukan makna sesuatu perkataan.