Penguasaan tatabahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di IPTA

Kajian ini mengkaji penguasaan tatabahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di IPTA. Terdapat banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh pelajar asing dalam penulisan karangan mereka terutama dari aspek kata, frasa, ayat, ortografi dan kesalahan imbuhan. Kesalahan ini dilakukan akibat daripad...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohamad Nasir, Zaliza
格式: Thesis
語言:Malay
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71046/1/FBMK%202015%20109%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini mengkaji penguasaan tatabahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di IPTA. Terdapat banyak kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh pelajar asing dalam penulisan karangan mereka terutama dari aspek kata, frasa, ayat, ortografi dan kesalahan imbuhan. Kesalahan ini dilakukan akibat daripada beberapa masalah yang dihadapi seperti tiada sikap yang serius ketika mempelajari tatabahasa Melayu serta tidak bermotivasi untuk mempelajari bahasa tersebut. Sehubungan itu objektif utama kajian ini adalah untuk melihat tahap penguasaan tatabahasa pelajar, bentuk kesalahan tatabahasa yang dilakukan, masalah yang dihadapi serta keberkesanan strategi pembelajaran yang digunakan dalam meningkatkan penguasaan tatabahasa pelajar. Ekoran daripada objektif tersebut, di akhir penyelidikan ini satu bentuk modul pembelajaran tatabahasa Melayu dihasilkan bagi meningkatkan penguasaan tatabahasa Melayu pelajar. Kajian telah dilaksanakan ke atas 33 orang responden yang telah mengikuti subjek Bahasa Malaysia Komunikasi di Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru. Data diambil berdasarkan soal selidik yang diedarkan dan analisis dokumen daripada penulisan karangan pelajar. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan tatabahasa Melayu pelajar masih lagi lemah dan berada pada tahap sederhana. Responden sukar untuk menguasai tatabahasa Melayu disebabkan oleh beberapa kekangan. Antaranya adalah masa yang diperuntukkan untuk proses pembelajaran adalah terlalu singkat, pengaruh daripada bahasa pertama serta persekitaran kampus yang tidak menggalakkan. Kesimpulannya, kajian ini dapat membantu meningkatkan penguasaan tatabahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di IPTA.