Struktur perbualan dalam filem Anak Bapak

Perbualan merupakan peristiwa bahasa yang berlaku dalam masyarakat sama ada secara semula jadi atau dirancang. Antara unsur yang mempengaruhi sesuatu peristiwa bahasa itu ialah suasana, latar belakang penutur, sistem panggilan, intonasi dan konteks makna yang melatari perbualan tersebut. Denga...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Che Soh, Nur Amirah
格式: Thesis
語言:Malay
出版: 2015
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71050/1/FBMK%202015%20100%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Perbualan merupakan peristiwa bahasa yang berlaku dalam masyarakat sama ada secara semula jadi atau dirancang. Antara unsur yang mempengaruhi sesuatu peristiwa bahasa itu ialah suasana, latar belakang penutur, sistem panggilan, intonasi dan konteks makna yang melatari perbualan tersebut. Dengan menggunakan perbualan watak dalam filem Anak Bapak pada tahun 1968, objektif kajian ini akan membincangkan struktur perbualan yang berlaku dalam filem Anak Bapak. Secara kebiasaannya penonton beranggapan perbualan yang berlaku dalam filem Anak Bapak berdasarkan kepada skrip yang telah disediakan. Walau bagaimanapun, kebolehan dan keupayaan barisan pelakon dalam filem tersebut dalam mengujarkan dialog secara spontan sehingga sesuatu perbualan itu tampak semula jadi juga tidak dapat dinafikan. Hal ini kerana, perbualan merupakan suatu peristiwa bahasa yang semula jadi di mana terakam sosiobudaya masyarakat penuturnya. Analisis dibuat berdasarkan pendekatan struktur perbualan yang dikemukakan oleh Asmah Haji Omar (2010). Sementara itu, kajian berkenaan perbualan daripada ahli bahasa lain seperti Tsuda (1980), Don H. Zimmerman (1992), Schiffrin (1994), Adrian Akmaijan (1997) dan Idris Aman (2010) akan dimanfaatkan dalam perbincangan. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kajian kepustakaan, pemerhatian audio dan teks dan analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan setiap perbualan itu mempunyai strukturnya daripada pembuka sehinggalah penutup perbualan. Perbualan dalam filem P.Ramlee menggunakan bahasa pertuturan masyarakat seharian seperti mana perbualan yang berlaku dalam filem Anak Bapak. Oleh sebab itu, sebahagian besar filemnya diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat dan dalam masa yang sama penggunaan bahasanya melambangkan kehalusan dalam berbicara. Walaupun filem yang dipaparkan adalah untuk tontonan, namun bahasa yang semula jadi ini sebenarnya amat bermanfaat bagi kajian linguistik yang tepat. Dengan adanya kajian sebegini, bahasa dalam filem dapat ditingkatkan mutunya dan dalam masa yang sama kajian linguistik, yang memberi tumpuan kepada bahasa yang dituturkan oleh penuturnya boleh ditambah baik di masa hadapan.