Implikatur dalam filem patriotik

Implikatur dijelaskan sebagai penggunaan ujaran yang mengandungi makna tersirat. Implikatur terhasil apabila ujaran melanggar Prinsip Kerjasama Grice dan perlu dianalisis berdasarkan konteks untuk mendapatkan makna sebenar ujaran. Dalam kajian ini penyelidik telah menyenaraikan tiga objektif kajian...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hasan, Norhidayu
格式: Thesis
語言:English
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71133/1/FBMK%202018%2021%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Implikatur dijelaskan sebagai penggunaan ujaran yang mengandungi makna tersirat. Implikatur terhasil apabila ujaran melanggar Prinsip Kerjasama Grice dan perlu dianalisis berdasarkan konteks untuk mendapatkan makna sebenar ujaran. Dalam kajian ini penyelidik telah menyenaraikan tiga objektif kajian iaitu mengenal pasti penggunaan implikatur dalam filem patriotik, menganalisis makna implikatur dalam filem patriotik berdasarkan Teori Relevans, dan menghuraikan tujuan penggunaan implikatur dalam dialog filem patriotik. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan pustaka dan analisis teks. Sebanyak sembilan buah filem patriotik iaitu filem Sarjan Hassan (1958), Bukit Kepong (1981), Darah Satria (1983), Leftenan Adnan (2000), Embun (2002), Paloh (2003), 1957 Hati Malaya (2007), Tanda Putera (2013), dan Bravo 5 (2015) dijadikan bahan kajian. Pengkaji menyalin semula dialog dari filem yang dipilih bersumberkan cakera padat. Namun, hanya dialog yang mengandungi implikatur dijadikan data kajian. Ujaran dialog berimplikatur yang dianggap mempunyai makna tersirat, sesuai untuk dianalisis berdasarkan teori serta menepati objektif kajian dijadikan data kajian. Pemilihan petikan dialog dari filem patriotik adalah berdasarkan karya yang bermutu kerana filem yang dipilih pernah tercalon dan memenangi anugerah Festival Filem Malaysia, Festival Filem Antarabangsa dan Festival Filem Asia Pasifik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penggunaan implikatur dalam dialog filem patriotik berdasarkan penelitian terhadap ujaran yang melanggar Maksim Kerjasama Grice dan menepati ciri implikatur itu sendiri seperti yang telah digariskan oleh ahli pragmatik sebelum ini. Hasil kajian juga mendapati bahawa penekanan konteks, kesan konteks dan usaha memproses penting bagi membantu dalam interprestasi makna implikatur. Penerapan Teori Relevans bukan sahaja dapat membantu dalam menginterprestasi makna ujaran malah dapat menunjukkan niat atau tujuan implikatur tersebut. Analisis makna implikatur ini dapat menjelaskan tujuan penggunaan implikatur dalam dialog yang terpilih. Penggunaan implikatur secara tidak langsung dapat mempamerkan nilai keintelektualan penutur dalam komunikasi.