Kesan pengantara ketakterlibatan moral dalam hubungan antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan penghasilan dan penyimpangan tingkah laku guru kolej vokasional
Penyimpangan tingkah laku guru merupakan tingkah laku sukarela yang berkaitan dengan penyimpangan interpersonal, pendidikan, masa dan kerjasama yang mengancam norma organisasi dan dengan perbuatan tersebut mengancam suasana harmoni guru atau kolej vokasional (KV) atau kedua-duanya. Mengaplikasik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | Malay |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/71523/1/FPP%202016%2043%20-%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyimpangan tingkah laku guru merupakan tingkah laku sukarela yang
berkaitan dengan penyimpangan interpersonal, pendidikan, masa dan
kerjasama yang mengancam norma organisasi dan dengan perbuatan
tersebut mengancam suasana harmoni guru atau kolej vokasional (KV) atau
kedua-duanya. Mengaplikasikan Teori Kognitif Sosial serta disokong oleh Teori
Ketakterlibatan Moral dan Teori Pertukaran Sosial, kajian ini bertujuan
menentukan kesan ketakterlibatan moral sebagai pengantara hubungan
antara individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan
penghasilan dan penyimpangan tingkah laku dalam kalangan guru KV di
Malaysia.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, kaedah tinjauan dan teknik
keratan lintang. Populasi kajian terdiri dari 7,087 guru yang berkhidmat di 80
buah KV. Sampel kajian terdiri dari 390 guru KV yang berkhidmat di 14 buah
negeri seluruh negara. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan teknik
persampelan berkelompok mengikut negeri dan satu KV dipilih bagi setiap
negeri menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan SPSS dan SEM AMOS bagi menguji hipotesis bagi
menentukan tahap, hubungan, kesan pengantara dan menguji hipotesis
kajian. Kesan pengantara ketakterlibatan moral diuji menggunakan kaedah
bootstrapping. Hasil analisis turut memperihalkan majoriti responden mempunyai tahap yang
rendah bagi penyimpangan tingkah laku guru (96.0%) pada skor min 1.4339
(SP = .7197), ketakterlibatan moral (73.1%) pada skor min 2.2931 (SP =
.9134) dan penyalahgunaan penyeliaan (77.2%) pada skor min 2.0687 (SP =
.5465). Walau bagaimanapun, dapatan sebaliknya diperolehi dari
individualisme (84.6%) pada skor min 6.2096 (SP= 1.2905), kolektivisme
(97.9%) pada skor min 7.7640 (SP = 1.0781) dan tekanan penghasilan
(52.6%) pada skor min 4.3641 (SP = .9832) mempunyai tahap yang tinggi.
Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan
antara individualisme (β = .094, p = .045), kolektivisme (β = - .103, p = .041),
penyalahgunaan penyeliaan (β = .221 , p = .0001) dan penyimpangan tingkah
laku guru. Namun begitu, hanya penyalahgunaan penyeliaan yang mempunyai
hubungan signifikan dengan ketakterlibatan moral (β = .505, p = .0001).
Sebaliknya, tekanan penghasilan tidak mempunyai apa-apa hubungan yang
signifikan dengan ketakterlibatan moral dan penyimpangan tingkah laku guru.
Tambahan lagi, dalam hubungan ketakterlibatan moral dan penyimpangan
tingkah laku guru, terdapat hubungan yang signifikan dengan β = .520, p =
.0001.
Model pengukuran dan model struktural yang diuji menepati dan mencapai
indeks kesesuaian dan secara langsung mengesahkan bahawa model SEM
adalah sesuai dengan data kajian yang digunakan. Keputusan analisis model
pengukuran dan model struktural memenuhi kesesuaian yang baik: χ2 (309)
= 761.994, χ/df = 2.466, CFI = .926, IFI = .926, TLI = .915 dan RMSEA =
.061. CFI, IFI, TLI melepasi tahap penerimaan yang diperlukan iaitu > .90.
Selanjutnya, model struktural menunjukkan 48% varians penyimpangan
tingkah laku guru diterangkan oleh pemboleh ubah bebas kajian ini iaitu
individualisme-kolektivisme, penyalahgunaan penyeliaan, tekanan
penghasilan dan ketakterlibatan moral.
Selanjutnya, keputusan analisis menunjukkan ketakterlibatan moral memberi
kesan pengantara yang signifikan terhadap hubungan kolektivisme dan
penyimpangan tingkah laku guru [kesan tidak langsung = -.0475, nilai sifar di
luar 95% CI dan k2 = .0836 (kecil)]. Keputusan yang sama turut diperolehi
terhadap hubungan penyalahgunaan penyeliaan dan penyimpangan tingkah
laku guru di mana [kesan tidak langsung = .2001, nilai sifar di luar 95% CI
dan k2 = .2186 (sederhana)]. Walau bagaimanapun, ketakterlibatan moral
bukanlah kesan pengantara terhadap hubungan individualisme dan tekanan
penghasilan terhadap penyimpangan tingkah laku guru. Implikasi teoretikal
dan praktikal serta beberapa cadangan kajian masa hadapan turut
dibincangkan dalam kajian ini. |
---|