Persepsi Pendidik Vokasional Pertanian Dan Penternak Tentang Pengetahuan Dankemahiran Dalam Industri Fidlot

Pembangunan sumber manusia merupakan elemen penting dalam memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan. Ia dapat dicapai melalui pendidikan berkualiti yang mampu memastikan tenaga kerja kekal relevan dengan kehendak pasaran semasa dan mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan y...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Abdul Wahab, Roslee
格式: Thesis
語言:English
Malay
出版: 2009
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/7534/1/FPP_2009_20_ABSTRACT.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Pembangunan sumber manusia merupakan elemen penting dalam memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan. Ia dapat dicapai melalui pendidikan berkualiti yang mampu memastikan tenaga kerja kekal relevan dengan kehendak pasaran semasa dan mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan yang kian meningkat. Melalui sistem pendidikan teknikal dan vokasional penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi akan dapat direalisasikan bagi memenuhi keperluan industri semasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti 1) pengetahuan dan kemahiran sedia ada pendidik vokasional pertanian dan penternak fidlot dan 2) pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri penternakan fidlot di Malaysia dan 3) mengenal pasti perbezaan daripada segi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan faktor terpilih iaitu jantina, umur, kelulusan akademik, pengalaman mengajar, kursus yang dihadiri, tempoh operasi ladang dan skala ladang. Kajian kuantitatif deskriptif ini menggunakan soal selidik dalam bentuk skala Likert 5-mata yang dibina oleh penyelidik untuk mendapat maklumat tentang persepsi pendidik vokasional pertanian dan penternak fidlot terhadap pengetahuan dan kemahiran sedia ada dan yang diperlukan dalam industri penternakan fidlot. Seramai 52 orang pendidik vokasional pertanian yang mengajar di Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan seramai 144 orang majikan industri fidlot telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan persepsi penternak fidlot berbeza dengan persepsi pendidik vokasional pertanian dari aspek seperti pengurusan, pengurusan kandang, menyedia makanan program kesihatan dan mengurus kawasan tanaman makanan. Kajian ini mencadangkan supaya semakan kurikulum vokasional pertanian dilakukan dengan melibatkan pendidik vokasional pertanian dan penternak fidlot bagi memastikan apa yang diajar di sekolah menepati apa yang diperlukan dalam industri penternakan fidlot.