Pengurangan postur janggal melalui pembaikan alat penuaian sedia ada dalam kalangan pekerja sawit di Johor, Malaysia

Pengenalan: Persekitaran kerja dan peralatan yang digunakan untuk menuai BTS telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada faktor penyumbang kepada peningkatan gangguan rangka otot (GRO). Objektif utama kajian ini adalah mereka bentuk dan menghasilkan rekaan alat penuaian untuk mengurangkan masalah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md Yusoff, Irwan Syah
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75398/1/FPSK%28M%29%202014%2017%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengenalan: Persekitaran kerja dan peralatan yang digunakan untuk menuai BTS telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada faktor penyumbang kepada peningkatan gangguan rangka otot (GRO). Objektif utama kajian ini adalah mereka bentuk dan menghasilkan rekaan alat penuaian untuk mengurangkan masalah kesihatan yang berpotensi terhasil dan berorientasikan prinsip ergonomik serta menilai faktor risiko GRO yang secara khususnya pada bahagian atas badan dan belakang bawah dalam kalangan penuai sawit di Johor. Kaedah :Seramai 273 orang penuai sawit yang memenuhi inklusif kriteria kajian telah terlibat dalam kajian. Borang soal selidik Nordic yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian persekitaran kerja untuk menentukan kelaziman masalah GRO (aduan sepanjang 12 bulan lepas dan 7 hari kebelakangan bekerja) telah diterjemahkan dalam Bahasa Indonesia (Lombok). Postur kerja setiap penuai sawit direkod dan dianalisa menggunakan RULA.Ukuran antropometrik secara terpilih dan ukuran alat pahat telah diambil untuk menentukan nilai kesepadanan.Pembangunan rekaan telah dijalankan menggunakan prinsip User Centered Design (UCD).Fabrikasi prototaip dihasilkan dan ujian lapangan kajian telah dijalankan. Keputusan:100% penuai merupakan pekerja Indonesia dan purata umur 29.13 ± 6.50 tahun. Sebanyak 78.0% aduan berkenaan GRO sepanjang 12 bulan lepas dan 75.5% menyatakan GRO adalah daripada pekerjaan dilakukan. Bahagian anggota belakang bawah paling tinggi menerima aduan berbanding anggota lain. 85.3% penuai merasakan alat pahat yang digunakan berat. Risiko bekerja dalam keadaan postur janggal dengan menggunakan RULA analisis (skor 3 – 4) adalah 18.2 kali lebih tinggi untuk mengalami GRO. Tempoh mengunakan alat pahat kurang daripada 1 adalah 5.7 kali lebih tinggi untuk menggalami GRO. Simulasi analisis RULA menunjukkan rekaan konvensional adalah berisiko tinggi untuk mengalami GRO iaitu pada skor 7 pada peringkat tindakan. Keputusan ujian lapangan kajian (prototaip) dan simulasi 3D rekaan baru terdapat penurunan markah RULA iaitu pada peringkat tindakan 2 (risiko rendah) berbanding rekaan konvensional iaitu pada peringkat tindakan 4 (risiko tinggi). Kesimpulanya:Objektif kajian telah dicapai dengan cadangan rekaan alat penuaian ergonomik baru yang menggabungkan kajian sains perubatan dan proses reka bentuk industri bagi meningkatkan keselamatan dan kesihatan penuai sawit di Johor secara amnya.