Strategi pembacaan untuk memahami teks KOMSAS dalam kalangan pelajar Orang Asli
Strategi pembacaan untuk memahami teks Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) diperlukan dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan penguasaan teks prosa moden dan tradisional. Namun begitu, kebanyakan pelajar tidak menggunakan strategi pemahaman teks yang betul menyebabkan mereka tidak memah...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | Malay |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75447/1/FBMK%202018%2025%20IR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Strategi pembacaan untuk memahami teks Komponen Kesusasteraan Melayu
(KOMSAS) diperlukan dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan penguasaan
teks prosa moden dan tradisional. Namun begitu, kebanyakan pelajar tidak
menggunakan strategi pemahaman teks yang betul menyebabkan mereka tidak
memahami kandungan teks bacaan. Kajian ini bertujuan untuk menentukan
pencapaian pemahaman teks KOMSAS prosa moden dan tradisional dalam kalangan
pelajar Orang Asli sebelum dan selepas menggunakan strategi PQ4R (Harley, 2014),
dan menganalis tahap keaktifan pemahaman teks KOMSAS dalam kalangan pelajar
Orang Asli.
Kajian secara lapangan ini menggunakan kaedah eksperimen kuasi dengan
menerapkan strategi PQ4R yang melibatkan langkah Prebiu, Soalan dan 4R, iaitu
Baca, Refleksi, Baca Semula dan Semak dalam pengajaran pemahaman teks prosa
moden dan tradisional. Seramai 50 pelajar tingkatan empat dalam kalangan Orang
Asli di SMK Kuala Krau, Temerloh, Pahang Darul Makmur dipilih menjadi sampel
kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman teks KOMSAS prosa
moden dan tradisional dalam kalangan pelajar Orang Asli sebelum dan selepas
menggunakan strategi PQ4R mencatatkan pencapaian yang baik dan cemerlang. Hal
ini bermakna pemahaman teks KOMSAS dalam prosa moden dan tradisional oleh
pelajar telah mencapai tahap yang positif selepas menggunakan strategi PQ4R,
berbanding tahap yang lemah dan sangat lemah sebelum aplikasi dilakukan oleh
pelajar.
Hasil analisis data kuantatif daripada SPSS menunjukkan bahawa sebelum strategi
PQ4R diperkenalkan kepada pelajar, min markah pencapaian ujian pemahaman prosa
moden adalah sebanyak 3.34. Selepas strategi PQ4R diperkenalkan kepada pelajar
sebelum mereka membaca dan memahami teks, skor min meningkat kepada 6.32. Min markah pencapaian ujian bagi pemahaman prosa tradisional dalam kalangan
pelajar sebelum menggunakan strategi PQ4R adalah sebanyak 2.54 berbanding
dengan 5.76 selepas menggunakan strategi PQ4R. Dalam makna yang lebih luas, min
markah pencapaian ujian pemahaman teks prosa moden lebih tinggi daripada teks
prosa tradisional. Seterusnya, proses tahap keaktifan pemahaman teks KOMSAS
menggunakan strategi PQ4R dalam kalangan pelajar Orang Asli mencatatkan
pencapaian sangat tinggi. Kajian berkaitan strategi pembacaan untuk memahami
prosa memberi manfaat kepada pelajar untuk menguasai pelbagai teks yang
dipelajari dengan berkesan setelah menggunakan strategi yang betul. |
---|