Semantik hujan dalam al-Quran berdasarkan konteks situasi

Penyelidikan ini merupakan satu kajian analisis teks yang dilaksanakan terhadap kitab al-Quran bertujuan untuk menjelaskan Semantik dan Konteks Situasi Hujan dalam al- Quran. Pendekatan kontekstual dalam ilmu bahasa telah diaplikasi untuk mendapatkan unsur konteks situasi yang melingkungi ayat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shafie, Asrul Azam
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75477/1/FBMK%202018%2029%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini merupakan satu kajian analisis teks yang dilaksanakan terhadap kitab al-Quran bertujuan untuk menjelaskan Semantik dan Konteks Situasi Hujan dalam al- Quran. Pendekatan kontekstual dalam ilmu bahasa telah diaplikasi untuk mendapatkan unsur konteks situasi yang melingkungi ayat-ayat berkaitan hujan yang terdapat dalam al-Quran. Sebanyak 12 perkataan yang menggambarkan hujan terdapat dalam al- Quran. Sejumlah 49 ayat menggambarkan hujan secara hakiki manakala 28 ayat secara metafora diambil sebagai sampel kajian. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kajian kepustakaan dan analisis teks. Pendekatan Teori Semiotik Sosial Halliday (1978) dipilih sebagai kerangka asas kajian untuk analisis teks. Setiap perkataan akan dianalisis untuk mengenal pasti makna asas dan sampingan dalam Bahasa Arab. Seterusnya ayatayat yang mengandungi perkataan yang menggambarkan hujan akan dianalisis berdasarkan tiga unsur konteks situasi yang dikemukakan oleh Halliday iaitu Medan, Pelibat dan Sarana. Hasil kajian menunjukkan bahawa Konteks Situasi hujan dalam al- Quran terbahagi kepada dua iaitu azab dan kekuasaan Allah. Kekerapan situasi azab ialah 87% daripada variasi perkataan maṭar dan 18% daripada keseluruhan semantik hujan dalam al-Quran. Sehubungan itu, semantik hujan secara amnya digunakan sebagai pengajaran untuk menunjukkan kekuasaan Allah.