Leksikon berunsurkan sosiobudaya dalam manuskrip Melayu tradisional

Kehadiran leksikon berunsurkan sosiobudaya dalam manuskrip Melayu Tradisional bukan sahaja mencerminkan kekayaan leksikon Melayu sejak zaman dahulu, malah menggambarkan keadaan masyarakat yang kaya dengan ilmu kehidupan termasuklah ilmu sastera, penulisan, teknologi dan lain-lain. Kajian ini dijalan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosly, Nurfarhana Shahira
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75485/1/FBMK%202018%2032%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kehadiran leksikon berunsurkan sosiobudaya dalam manuskrip Melayu Tradisional bukan sahaja mencerminkan kekayaan leksikon Melayu sejak zaman dahulu, malah menggambarkan keadaan masyarakat yang kaya dengan ilmu kehidupan termasuklah ilmu sastera, penulisan, teknologi dan lain-lain. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkategorikan leksikon berunsurkan sosiobudaya dalam manuskrip Melayu Tradisional, menganalisis leksikon berunsur sosiobudaya berdasarkan Teori Sosiolinguistik Holmes (2013) serta merumuskan perkaitan antara leksikon berunsur sosiobudaya dengan latar sosial dalam manuskrip Melayu tradisional. Kajian ini menumpukan kepada tiga buah manuskrip abad ke-19 sebagai bahan kajian, iaitu Hikayat Ahmad Muhammad, Syair Siti Zubaidah Perang China dan juga Syair Madhi. Model Lima Kumpulan Unsur Budaya Newmark (1988) telah dijadikan mandala kajian Teori Sosiolinguistik Holmes (2013) telah bertindak sebagai teori kajian. Selain itu, kaedah kajian merangkumi kaedah kepustakaan serta analisis teks. Dapatan kajian memperlihatkan terdapat 234 leksikon yang sesuai diangkat menjadi data kajian. Malah, terdapat 22 leksikon berunsurkan sosiobudaya yang masih belum terdapat dalam senarai rujukan PRPM, 37 leksikon berunsurkan sosiobudaya yang tidak tersenarai dalam Kamus Jawi-Melayu-Inggeris Wilkinson serta banyak lagi leksikon berunsurkan sosiobudaya yang tidak dilihat menerusi Glosari Perpustakaan Negara Malaysia. Seterusnya, leksikon berunsurkan sosiobudaya yang terdapat dalam ketiga-tiga manuskrip tersebut memperlihatkan hubungan yang kukuh dengan keadaan latar belakang kehidupan masyarakat. Justeru, ketiadaan leksikon ini dalam senarai rujukan utama negara boleh dipertimbang untuk disenaraikan. Hal ini sebagai langkah bagi menambah dan memperkaya bilangan leksikon Melayu. Usaha-usaha menilai dan meneliti manuskrip dan leksikon Melayu perlu digiatkan lagi oleh pihak yang terlibat bagi tujuan mengembalikan dan mengesahkan semula keagungan bahasa Melayu di mata dunia.