Unsur alam dalam kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon Ismail

Alam memberi banyak kegunaan dan fungsinya kepada manusia di muka bumi. Bagi diri pengarang, alam ditafsirkan berdasarkan kreativiti tersendiri untuk menyampaikan makna yang dapat memberikan panduan dan pengajaran kepada manusia. Justeru, kajian ini menganalisis kumpulan cerpen pilihan Siti Za...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mohd Sarji, Kasmaizun Enuni
التنسيق: أطروحة
اللغة:Malay
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75529/1/FBMK%202018%2038%20IR.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Alam memberi banyak kegunaan dan fungsinya kepada manusia di muka bumi. Bagi diri pengarang, alam ditafsirkan berdasarkan kreativiti tersendiri untuk menyampaikan makna yang dapat memberikan panduan dan pengajaran kepada manusia. Justeru, kajian ini menganalisis kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon Ismail untuk melihat unsur alam yang terdapat di dalamnya. Tumpuan diberikan kepada unsur alam flora, fauna, air, tanah dan cakerawala. Kajian ini berfokus kepada tiga kumpulan cerpen iaitu kumpulan cerpen Jurai Palma (2001), Piazza Di Spagna (2005) dan Rindu Pala Muda (2006). Tiga objektif kajian adalah pertama, mengenalpasti unsur alam dalam kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon Ismail. Kedua, menganalisis makna unsur alam dalam kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon Ismail. Ketiga, merumuskan kepengaruhan berdasarkan pengungkapan unsur alam dalam kumpulan cerpen pilihan Siti Zainon Ismail. Teori yang digunakan untuk melengkapkan kajian ini ialah teori Konseptual Kata Kunci manakala kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kepustakaan dan analisis teks. Kajian ini telah mencapai objektifnya dengan penemuan unsur alam flora, fauna, air, tanah dan cakerawala. Alam flora yang ditemui ialah sebanyak lapan unsur iaitu pohon, daun, duri, pucuk, akar, benih, buah dan bunga manakala alam fauna yang ditemui pula ialah sebanyak lapan unsur iaitu burung, ikan, angsa, kupu-kupu/ramarama, labah-labah, sapi, unta dan kuda. Seterusnya, alam air pula telah menemui empat unsur iaitu laut, sungai, ombak dan hujan manakala alam tanah pula ditemui sebanyak tiga unsur iaitu, pulau, bukit dan gunung. Terakhir ialah alam cakerawala telah menemui tiga unsur iaitu bintang, bulan dan matahari. Di samping itu, kajian ini juga menggunakan teori Konseptual Kata Kunci yang diperkenalkan oleh Mohamad Mokhtar Hassan untuk melihat konsepsi pengarang terhadap alam yang telah dijelaskan menerusi pemilihan kata kunci. Selain itu, dapatan kajian turut menemui konsepsi pengarang terhadap alam yang dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya latar belakang keluarga, latar belakang pendidikan, latar belakang pekerjaan, hobi, pengalaman dan pengembaraan. Justeru, Siti Zainon Ismail berupaya meletakkan unsur-unsur alam sebagai renungan kepada kehidupan manusia.