Etika Profetik dalam novel Najib al-Kilani

Kajian ini merupakan kajian dalam bidang kesusasteraan Arab Moden yang menumpukan kepada karya novel pengarang terkenal kelahiran Mesir iaitu Najib al-Kilani. Bertitik tolak daripada statusnya sebagai seorang ‘sasterawan Islam bertaraf antarabangsa’, malah dianggap sebagai pelopor al-Adab al-Islamiy...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Majid, Mohamad Yazid
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75530/1/FBMK%202018%2039%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.75530
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.755302019-11-22T00:40:36Z Etika Profetik dalam novel Najib al-Kilani 2017-11 Abdul Majid, Mohamad Yazid Kajian ini merupakan kajian dalam bidang kesusasteraan Arab Moden yang menumpukan kepada karya novel pengarang terkenal kelahiran Mesir iaitu Najib al-Kilani. Bertitik tolak daripada statusnya sebagai seorang ‘sasterawan Islam bertaraf antarabangsa’, malah dianggap sebagai pelopor al-Adab al-Islamiy atau ‘sastera Islam’ di rantau Arab, justeru kajian ini melihat adanya kewajaran melakukan penelitian terhadap novel-novelnya yang memiliki kredibiliti untuk menjadi ‘model’ dalam menghasilkan sesebuah karya sastera Islam waima di rantau Arab mahupun di Nusantara. Bagi meneliti novel-novel tersebut, sebuah gagasan ‘sastera Islam’ yang dikemukakan oleh Kuntowijoyo dijadikan sebagai kerangka analisis. Gagasan tersebut iaitu Gagasan Sastera Profetik bertitik tolak dari ayat 110 surah Ali ‘Imran yang menggariskan tiga Etika Profetik, iaitu humanisasi (amar makruf), liberasi (nahi mungkar) dan transendensi (keimanan kepada Allah) sebagai tunjangnya. Gagasan Sastera Profetik memilih pendekatan strukturalisme bagi membolehkan penerapan ajaran sosial yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah dimanfaatkan untuk konteks sosial zaman kini. Selain itu, gagasan Sastera Profetik juga amat menitikberatkan tiga kaedahnya iaitu, ‘epistimologi strukturalisme transendental’, konsep sastera sebagai ibadah, dan keterkaitan antara habl min Allah dan habl min al-Nas yang akan menjadi ‘tali pengikat’ Etika Profetik. Sekiranya ketiga-tiga Etika Profetik ditemui terkandung dalam sesebuah karya, maka karya tersebut dianggap kaffah yang membawa maksud menyeluruh atau memiliki keutuhan. Selanjutnya, kajian ini bertujuan mengenal pasti kehadiran Etika Profetik, menganalisis Etika Profetik, dan seterusnya merumuskan kesepaduan Etika Profetik yang membawa kepada tercapainya tahap kaffah dalam novel-novel terpilih Najib al-Kilani. Dapatan analisis kajian ini mendapati novel-novel terpilih yang dianalisis memiliki ketiga-tiga Etika Profetik sekali gus mencapai tahap kaffah. Meskipun etika liberasi jelas lebih dominan berbanding etika-etika lain dalam novel-novel terpilih, namun ketidakseimbangan itu tidak menjadi ambiguiti kepada penobatan sesebuah karya Sastera Profetik. Selanjutnya, kajian ini juga membuktikan bahawa gagasan Sastera Profetik merupakan gagasan sastera Islam yang bersifat al-‘Alamiyyah (sejagat) memandangkan novel-novel terpilih Najib al-Kilani yang diiktiraf sebagai pelopor sastera Islam di peringkat global itu turut memiliki kriteria-kriteria yang digariskan oleh Kuntowijoyo. Prophets - Malay literature Malay literature - Islamic influences 2017-11 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75530/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75530/1/FBMK%202018%2039%20IR.pdf text ms public doctoral Universiti Putra Malaysia Prophets - Malay literature Malay literature - Islamic influences
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language Malay
topic Prophets - Malay literature
Malay literature - Islamic influences

spellingShingle Prophets - Malay literature
Malay literature - Islamic influences

Abdul Majid, Mohamad Yazid
Etika Profetik dalam novel Najib al-Kilani
description Kajian ini merupakan kajian dalam bidang kesusasteraan Arab Moden yang menumpukan kepada karya novel pengarang terkenal kelahiran Mesir iaitu Najib al-Kilani. Bertitik tolak daripada statusnya sebagai seorang ‘sasterawan Islam bertaraf antarabangsa’, malah dianggap sebagai pelopor al-Adab al-Islamiy atau ‘sastera Islam’ di rantau Arab, justeru kajian ini melihat adanya kewajaran melakukan penelitian terhadap novel-novelnya yang memiliki kredibiliti untuk menjadi ‘model’ dalam menghasilkan sesebuah karya sastera Islam waima di rantau Arab mahupun di Nusantara. Bagi meneliti novel-novel tersebut, sebuah gagasan ‘sastera Islam’ yang dikemukakan oleh Kuntowijoyo dijadikan sebagai kerangka analisis. Gagasan tersebut iaitu Gagasan Sastera Profetik bertitik tolak dari ayat 110 surah Ali ‘Imran yang menggariskan tiga Etika Profetik, iaitu humanisasi (amar makruf), liberasi (nahi mungkar) dan transendensi (keimanan kepada Allah) sebagai tunjangnya. Gagasan Sastera Profetik memilih pendekatan strukturalisme bagi membolehkan penerapan ajaran sosial yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah dimanfaatkan untuk konteks sosial zaman kini. Selain itu, gagasan Sastera Profetik juga amat menitikberatkan tiga kaedahnya iaitu, ‘epistimologi strukturalisme transendental’, konsep sastera sebagai ibadah, dan keterkaitan antara habl min Allah dan habl min al-Nas yang akan menjadi ‘tali pengikat’ Etika Profetik. Sekiranya ketiga-tiga Etika Profetik ditemui terkandung dalam sesebuah karya, maka karya tersebut dianggap kaffah yang membawa maksud menyeluruh atau memiliki keutuhan. Selanjutnya, kajian ini bertujuan mengenal pasti kehadiran Etika Profetik, menganalisis Etika Profetik, dan seterusnya merumuskan kesepaduan Etika Profetik yang membawa kepada tercapainya tahap kaffah dalam novel-novel terpilih Najib al-Kilani. Dapatan analisis kajian ini mendapati novel-novel terpilih yang dianalisis memiliki ketiga-tiga Etika Profetik sekali gus mencapai tahap kaffah. Meskipun etika liberasi jelas lebih dominan berbanding etika-etika lain dalam novel-novel terpilih, namun ketidakseimbangan itu tidak menjadi ambiguiti kepada penobatan sesebuah karya Sastera Profetik. Selanjutnya, kajian ini juga membuktikan bahawa gagasan Sastera Profetik merupakan gagasan sastera Islam yang bersifat al-‘Alamiyyah (sejagat) memandangkan novel-novel terpilih Najib al-Kilani yang diiktiraf sebagai pelopor sastera Islam di peringkat global itu turut memiliki kriteria-kriteria yang digariskan oleh Kuntowijoyo.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Abdul Majid, Mohamad Yazid
author_facet Abdul Majid, Mohamad Yazid
author_sort Abdul Majid, Mohamad Yazid
title Etika Profetik dalam novel Najib al-Kilani
title_short Etika Profetik dalam novel Najib al-Kilani
title_full Etika Profetik dalam novel Najib al-Kilani
title_fullStr Etika Profetik dalam novel Najib al-Kilani
title_full_unstemmed Etika Profetik dalam novel Najib al-Kilani
title_sort etika profetik dalam novel najib al-kilani
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2017
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75530/1/FBMK%202018%2039%20IR.pdf
_version_ 1747813061734957056