Budaya masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji budaya masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar. Walaupun banyak kajian yang berasaskan budaya telah dikaji sebelum ini, tetapi kajian ini merupakan kajian pertama yang mengkaji budaya terutama dalam sajak Bharatiyar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti, meng...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mazhubalan, Umma
格式: Thesis
语言:Malay
出版: 2018
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75556/1/FBMK%202018%2054%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji budaya masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar. Walaupun banyak kajian yang berasaskan budaya telah dikaji sebelum ini, tetapi kajian ini merupakan kajian pertama yang mengkaji budaya terutama dalam sajak Bharatiyar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti, mengklasifikasikan dan menganalisis budaya dalam sajak Bharatiyar seterusnya menghuraikan budaya tersebut dengan karya. Sebanyak 80 sajak Bharatiyar dipilih sebagai alat kajian utama. Kajian ini berpandukan kepada kaedah kajian perpustakaan, kaedah analisis teks membantu pengkaji mendapatkan sumber maklumat kajian ini. Bertitik tolak daripada pendapat Seeni Naina (2011), kajian ini dijalankan untuk memperlihatkan unsur-unsur budaya bagi masyarakat yang mengamalkan budaya kerana pengekalan budaya dan penyebaran budaya sangat penting untuk mewariskan budaya tersebut kepada generasi muda. Data-data yang dikumpul, diatur mengikut kategori secara teliti dengan menggunakan teori sosiologi sastera dan Model Pencerminan Lukacs (1972). Pembuktian teori ini dibuat bersesuaian dengan pokok persoalan kajian yang ditetapkan. Penemuan yang diperolehi, dianalisis dan dikemukakan sebagai kesimpulan. Dapatan kajian dapat memperlihatkan unsur-unsur budaya normatif, budaya ekspresif, dan budaya kebendaan. Selain itu, penemuan kajian ke budaya masyarakat Tamil dalam sajak Bharatiyar dapat dijadikan panduan kepada generasi akan datang dan dan memberi impak kepada penulis, penyair tempatan untuk menghasilkan karya kreatif.