Kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu

Kajian ini bertujuan untuk membicarakan kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu. Berdasarkan penelitian terhadap kajian-kajian lepas mendapati bahawa terdapat permasalahan yang wujud berkaitan dengan kawalan sosial yang dilakukan terhadap masyarakat Melayu tradisional dalam naskhah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anwar, Suhadan
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75559/1/FBMK%202018%2056%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.75559
record_format uketd_dc
spelling my-upm-ir.755592019-11-27T03:36:39Z Kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu 2017-11 Anwar, Suhadan Kajian ini bertujuan untuk membicarakan kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu. Berdasarkan penelitian terhadap kajian-kajian lepas mendapati bahawa terdapat permasalahan yang wujud berkaitan dengan kawalan sosial yang dilakukan terhadap masyarakat Melayu tradisional dalam naskhah historiografi Melayu, khususnya bentuk kawalan sosial beraja. Berhubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mencapai dua objektif utama, iaitu menganalisis, dan merumus bentuk kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu yang dikaji berdasarkan tahap-tahap „peradaban‟ („umran) menurut Ibn Khaldun. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan tiga buah naskhah historiografi Melayu, iaitu naskhah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Tuhfat al-Nafis, dan Hikayat Siak serta mengaplikasikan teori „umran (peradaban) oleh Ibn Khaldun dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa bentuk kawalan sosial beraja dalam historiografi Melayu melalui tiga tahap „peradaban‟, iaitu tahap awal „peradaban‟ memanifestasikan kawalan sosial beraja melalui bentuk persamaan hak dan egalitarian, serta bentuk psikologi dan metafizik yang berlaku disebabkan oleh keperluan sesebuah masyarakat kepada seorang ketua (raja) untuk memerintah mereka demi melindungi keperluan dan kepentingan mereka bersama. Raja (individu yang dilantik sebagai ketua) akan bertindak membangunkan negeri atau „kerajaan‟ bersama-sama rakyatnya tanpa ada perbezaan dari segi status dan hierarki dalam masyarakat tetapi sangat dihormati dan dipatuhi oleh masyarakatnya. Pada tahap kedua pula bentuk psikologi dan metafizik, serta bentuk kekerasan yang berteraskan kepada keadilan berlaku dalam masyarakat. Hal ini kerana raja mentadbir rakyatnya berasaskan ideologi politik dan agama. Rakyat dikawal melalui undang-undang dan hukuman yang telah ditetapkan sehingga menyebabkan kerajaan yang dibina mencapai peringkat kegemilangan dalam tamadun. Tahap yang ketiga atau terakhir, adalah tahap kemunduran dan kemerosotan yang memanifestasikan kawalan sosial beraja berasaskan bentuk keganasan. Raja atau pemerintah mula bertindak zalim ke atas rakyatnya. Hal ini menyebabkan rakyat hilang semangat untuk mempertahankan peradaban atau kerajaan mereka sehingga menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melayu. Historiography - Malay Archipelago 2017-11 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75559/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75559/1/FBMK%202018%2056%20IR.pdf text ms public masters Universiti Putra Malaysia Historiography - Malay Archipelago
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language Malay
topic Historiography - Malay Archipelago


spellingShingle Historiography - Malay Archipelago


Anwar, Suhadan
Kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu
description Kajian ini bertujuan untuk membicarakan kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu. Berdasarkan penelitian terhadap kajian-kajian lepas mendapati bahawa terdapat permasalahan yang wujud berkaitan dengan kawalan sosial yang dilakukan terhadap masyarakat Melayu tradisional dalam naskhah historiografi Melayu, khususnya bentuk kawalan sosial beraja. Berhubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mencapai dua objektif utama, iaitu menganalisis, dan merumus bentuk kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu yang dikaji berdasarkan tahap-tahap „peradaban‟ („umran) menurut Ibn Khaldun. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan tiga buah naskhah historiografi Melayu, iaitu naskhah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Tuhfat al-Nafis, dan Hikayat Siak serta mengaplikasikan teori „umran (peradaban) oleh Ibn Khaldun dengan menggunakan kaedah kajian kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa bentuk kawalan sosial beraja dalam historiografi Melayu melalui tiga tahap „peradaban‟, iaitu tahap awal „peradaban‟ memanifestasikan kawalan sosial beraja melalui bentuk persamaan hak dan egalitarian, serta bentuk psikologi dan metafizik yang berlaku disebabkan oleh keperluan sesebuah masyarakat kepada seorang ketua (raja) untuk memerintah mereka demi melindungi keperluan dan kepentingan mereka bersama. Raja (individu yang dilantik sebagai ketua) akan bertindak membangunkan negeri atau „kerajaan‟ bersama-sama rakyatnya tanpa ada perbezaan dari segi status dan hierarki dalam masyarakat tetapi sangat dihormati dan dipatuhi oleh masyarakatnya. Pada tahap kedua pula bentuk psikologi dan metafizik, serta bentuk kekerasan yang berteraskan kepada keadilan berlaku dalam masyarakat. Hal ini kerana raja mentadbir rakyatnya berasaskan ideologi politik dan agama. Rakyat dikawal melalui undang-undang dan hukuman yang telah ditetapkan sehingga menyebabkan kerajaan yang dibina mencapai peringkat kegemilangan dalam tamadun. Tahap yang ketiga atau terakhir, adalah tahap kemunduran dan kemerosotan yang memanifestasikan kawalan sosial beraja berasaskan bentuk keganasan. Raja atau pemerintah mula bertindak zalim ke atas rakyatnya. Hal ini menyebabkan rakyat hilang semangat untuk mempertahankan peradaban atau kerajaan mereka sehingga menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Melayu.
format Thesis
qualification_level Master's degree
author Anwar, Suhadan
author_facet Anwar, Suhadan
author_sort Anwar, Suhadan
title Kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu
title_short Kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu
title_full Kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu
title_fullStr Kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu
title_full_unstemmed Kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi Melayu
title_sort kawalan sosial beraja dalam naskhah historiografi melayu
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2017
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75559/1/FBMK%202018%2056%20IR.pdf
_version_ 1747813065893609472