Faktor yang mempengaruhi niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya, Malaysia

Isu kesihatan mental telah tersebar luas di seluruh dunia, dan salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah melalui penggunaan perkhidmatan kaunseling. Penjawat awam Malaysia telah dilaporkan sebagai antara kumpulan yang banyak menghadapi tekanan. Walau bagaimanapun, kadar penggunaan per...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Chong, Han Xi
格式: Thesis
语言:Malay
出版: 2018
主题:
在线阅读:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75742/1/FEM%202018%2018%20IR.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Isu kesihatan mental telah tersebar luas di seluruh dunia, dan salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah melalui penggunaan perkhidmatan kaunseling. Penjawat awam Malaysia telah dilaporkan sebagai antara kumpulan yang banyak menghadapi tekanan. Walau bagaimanapun, kadar penggunaan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam masih rendah. Ianya memberi gambaran bahawa individu yang menghadapi masalah tekanan tidak memperlihatkan penggunaan perkhidmatan kaunseling sebagai satu jalan penyelesaian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Terdapat lima objektif dalam kajian ini: 1) Mengenal pasti hubungan antara kesedaran dan sikap penjawat awam di Putrajaya dalam menggunakan perkhidmatan kaunseling; 2) Mengenal pasti hubungan antara sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan kesedaran terhadap niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya; 3) Menentukan samada faktor sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan kesedaran mempengaruhi niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya; 4) Mengukur kesan moderator kecenderungan mempercayai terhadap hubungan antara norma subjektif dengan niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya; 5) Mengkaji kesan mediator sikap penjawat awam terhadap hubungan antara kesedaran penjawat awam dan niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya.Sampel kajian terdiri daripada 396 orang penjawat awam yang mewakili empat buah kementerian di Putrajaya iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kajian ini berbentuk tinjauan dan teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam memilih sampel kajian. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang diisi oleh responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor kesedaran dan sikap mempunyai hubungan yang positif. Faktor seperti sikap, norma subjektif, persepsi kawalan tingkah laku dan kesedaran adalah positif terhadap niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam. Analisis regrasi pelbagai menunjukkan sikap, persepsi kawalan tingkah laku dan kesedaran merupakan faktor yang mempengaruhi niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya. Tambahan pula, terdapat kesan mediator sikap yang signifikan terhadap hubungan antara kesedaran dan niat menggunakan perkhidmatan kaunseling. Walau bagaimanapun, kesan moderator kecenderungan mempercayai dalam hubungan antara norma subjektif dan niat adalah tidak signifikan. Hasil dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak termasuklah penjawat awam, pihak kaunselor, pihak kerajaan berkaitan seperti Unit Psikologi dan Kaunseling. Melalui kajian ini, faktor-faktor niat menggunakan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam dapat dikenalpasti secara terperinci seterusnya dapat memberi panduan dalam menggalakkan penggunaan perkhidmatan kaunseling dalam kalangan penjawat awam.