Konflik interpersonal dalam kalangan penagih dadah lelaki dewasa relaps di pusat pemulihan dan penjagaan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia

Penagihan relaps adalah penggunaan semula dadah selepas berhenti menggunakannya untuk satu tempoh tertentu yang bergantung kepada keupayaan seseorang melawan ketahanan simptom putus dadah. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi bekas penagih untuk relaps. Antara faktor utama yang dikenalpa...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Azizul, Muhammad Dhamir Audi
التنسيق: أطروحة
اللغة:Malay
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75754/1/FEM%202018%2023%20IR.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Penagihan relaps adalah penggunaan semula dadah selepas berhenti menggunakannya untuk satu tempoh tertentu yang bergantung kepada keupayaan seseorang melawan ketahanan simptom putus dadah. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi bekas penagih untuk relaps. Antara faktor utama yang dikenalpasti adalah situasi emosi negatif seperti kemarahan dan kebimbangan, situasi konflik interpersonal seperti perselisihan faham di antara keluarga dan masyarakat, serta situasi tekanan sosial seperti tekanan daripada bergaul dengan rakan-rakan yang mengambil dadah. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menjelaskan bagaimanakah faktor konflik interpersonal mempengaruhi bekas penagih dadah lelaki dewasa yang sedang mengikuti program pemulihan di Cure and Care Service Centre, Kuala Pilah kembali relaps. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan fenomenologi melalui kaedah temu bual bersemuka terhadap lapan orang penagih yang sedang mengikuti program pemulihan di CCSC, Kuala Pilah. Pemilihan sampel dilakukan melalui teknik persampelan bertujuan dan data telah dianalisis menggunakan analisis tematik melalui pendekatan induktif yang menumpukan kepada pengekodan untuk memperolehi tema-tema utama. Hasil kajian mendapati bahawa antara jenis konflik interpersonal yang menyebabkan penagih dadah lelaki dewasa di CCSC, Kuala Pilah kembali relaps adalah konflik bersama masyarakat, konflik bersama keluarga, dan konflik bersama majikan. Kesimpulannya, jenis-jenis konflik yang dikenal pasti ini memberi gambaran bahawa persekitaran sosial yang menyebabkan penagih dadah yang dikaji relaps. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar model pencegahan penagihan berulang berdasarkan analisa konflik interpersonal dilaksanakan bagi mencapai sifar statistik bagi penagihan relaps pada masa akan datang.