Hegemoni Soeharto terhadap gerakan pelajar di Indonesia, 1966-1998

Tesis ini mempunyai tiga tujuan utama, iaitu mengkaji gerakan pelajar pada zaman Orde Baru Soeharto, meneliti tindakan hegemoni yang diambil oleh negara ke atas gerakan pelajar dan menilai impak gerakan pelajar terhadap politik Indonesia. Konsep yang digunakan sebagai alat analisis dalam kajia...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ahmad, Azhar
格式: Thesis
語言:Malay
出版: 2018
主題:
在線閱讀:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75762/1/FEM%202018%2031%20IR.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tesis ini mempunyai tiga tujuan utama, iaitu mengkaji gerakan pelajar pada zaman Orde Baru Soeharto, meneliti tindakan hegemoni yang diambil oleh negara ke atas gerakan pelajar dan menilai impak gerakan pelajar terhadap politik Indonesia. Konsep yang digunakan sebagai alat analisis dalam kajian ini ialah hegemoni dan gerakan sosial pelajar. Tesis ini menggunakan kedua-dua data primer dan sekunder. Data primer dalam kajian ini adalah temu bual dengan informan autoritatif yang terdiri dari aktivis pelajar, ahli politik dan juga ahli akademik. Data sekunder pula diperolehi dari buku, tesis serta jurnal yang diterbitkan berkaitan dengan tajuk kajian ini. Data-data ini kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Hasil kajian mendapati regim Orde Baru Soeharto menggunakan tekanan yang kuat ke atas pelajar yang menentangnya sehingga menyebabkan gerakan pelajar ini didominasi oleh negara. Cara yang dilakukan oleh rejim untuk menekan pelajar ini adalah melalui pelbagai dasar dan taktik seperti menubuhkan Badan Koordinasi Kepelajaran (BKK), mengawal aktiviti akademik, mengindoktrinasikan fahaman serta menerapkan konsep link and match di institusi pengajian tinggi. Akibat tindakan hegemoni kerajaan ini, maka gerakan pelajar menjadi lemah dan aktiviti mereka hanya terbatas dalam bentuk kelab-kelab perbincangan dan terbabit dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) sahaja. Pada dekad 1990-an, golongan aktivis pelajar mulai terlibat dengan pelbagai kumpulan di luar kerajaan, namun gerakan mereka masih bersifat sporadik dan terhad. Ini kerana mereka dikawal ketat oleh kerajaan menyebabkan mereka mudah ditundukkan oleh dominasi negara. Bagaimanapun, pada tahun 1997 apabila berlaku krisis kewangan yang tenat, gerakan pelajar ini bangkit kembali dan bersikap kritikal terhadap kerajaan. Mereka menentang penyelewengan dan amalan korupsi, kronisme dan nepotisme (KKN) yang berlaku dalam negara. Gerakan mereka mendapat sokongan rakyat sehingga akhirnya membawa kepada kejatuhan Suharto pada tahun 1998. Kejatuhan Suharto ini menunjukkan satu perkara: bahawa daya tahan hegemoni ada batasnya dan tidak boleh bertahan selama-lamanya. Hasil kajian mendapati keadaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor seperti perkembangan pesat teknologi maklumat, internet, media massa, persekitaran politik antarabangsa dan lainnya. Di akhir analisisnya, kajian ini mendapati kejatuhan Soeharto telah membawa pendemokrasian kepada politik Indonesia.