Perkaitan antara stres, faktor interpersonal, kontekstual dan daya tindak keagamaan terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia

Kebanyakan kajian terdahulu tertumpu kepada kualiti hidup pesakit Talasemia itu sendiri dan masalah psikologikal yang dihadapi oleh mereka. Namun, kajian seumpama ini sangat terhad ke atas penjaga pesakit terutamanya golongan ibu yang turut dikaitkan sebagai penjaga utama kepada anak yang meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Miskam, Hazlina
Format: Thesis
Language:Malay
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75767/1/FEM%202018%2035%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-upm-ir.75767
record_format uketd_dc
institution Universiti Putra Malaysia
collection PSAS Institutional Repository
language Malay
topic Thalassemia - Psychological aspects - Case studies


spellingShingle Thalassemia - Psychological aspects - Case studies


Mohd Miskam, Hazlina
Perkaitan antara stres, faktor interpersonal, kontekstual dan daya tindak keagamaan terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia
description Kebanyakan kajian terdahulu tertumpu kepada kualiti hidup pesakit Talasemia itu sendiri dan masalah psikologikal yang dihadapi oleh mereka. Namun, kajian seumpama ini sangat terhad ke atas penjaga pesakit terutamanya golongan ibu yang turut dikaitkan sebagai penjaga utama kepada anak yang menghidap penyakit Talasemia dalam keluarga mereka yang mana ia merupakan salah satu jenis penyakit genetik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara stres, faktor interpersonal dan konteksual serta mengkaji kesan daya tindak keagamaan sebagai pengantara di antara hubungan faktor-faktor tersebut terhadap kualiti hidup ibu. Ini penting untuk mengenal pasti faktor-faktor yang boleh meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan ibu yang mempunyai anak Talasemia dan menggunakannya dalam program intervensi untuk penjagaan kesihatan ibu-ibu yang menjaga anak Talasemia tersebut. Secara amnya, objektif kajian ini adalah untuk memerihal ciri demografi ibu dan anak Talasemia, mengkaji perbezaan ciri-ciri demografi ibu dan anak Talasemia terhadap kualiti hidup ibu dan mengkaji hubungan di antara stres, faktor interpersonal (hubungan ibu-anak, penerimaan sokongan sosial dan kepuasan perkahwinan), faktor kontekstual (kebimbangan kewangan, keterukan penyakit anak dan sumber daya tindak keluarga) terhadap kualiti hidup ibu. Kajian juga dilakukan untuk mengenal pasti pemboleh ubah peramal unik yang menyumbang kepada kualiti hidup ibu dan mengkaji samada daya tindak keagamaan merupakan pengantara yang dapat menjelaskan hubungan yang berlaku di antara stres, faktor interpersonal dan konteksual dengan kualiti hidup ibu.Kajian ini dijalankan ke atas 372 orang ibu yang mempunyai anak menghidap penyakit Talasemia yang dipilih daripada 10 buah hospital besar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan teknik persampelan kelompok pelbagai tahap. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melaksanakan kajian korelasi dalam melihat perkaitan antara stres, faktor interpersonal dan konteksual terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia. Semua instrumen telah diuji kebolehpercayaan dan kesahihannya. Instrumen-instrumen tersebut ialah Short Form 12 (SF 12), Spiritual and Religious Attitudes in Dealing with Illness Short Form 10 (SpREUK- SF10), Parental Stress Scale (PSS), Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), SCREEM Family Resources Survey (SCREEM-RES), Kansas Marital Satisfaction Scale (KMSS), Economic Pressure Scale (EPS), Severity Assessment Tool (SAT) dan Child-Parent Relationship Scale (CPRS). Perisian IBM SPSS versi 21 digunakan bagi menganalisa statistik inferensi dan perisian IBM SPSS Analysis of Moment Structure (AMOS) versi 20 pula digunakan bagi menganalisa model analisis path. Hasil analisa dalam kajian ini mendapati gabungan lapan pemboleh ubah bebas sebagai faktor peramal berjaya meramalkan 55% varian kualiti hidup dengan daya tindak keagamaan merupakan peramal unik yang mempengaruhi kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia. Selain itu, hasil analisa model pengantaraan bagi stres, faktor interpersonal dan konteksual menunjukkan daya tindak keagamaan menjadi pengantara penuh bagi hubungan di antara stres dan kualiti hidup ibu dan bagi hubungan di antara keterukan penyakit (faktor konteksual) dan kualiti hidup ibu. Manakala daya tindak keagamaan menjadi pengantara separa apabila analisis dibuat ke atas hubungan di antara penerimaan sokongan sosial (faktor interpersonal) dan kualiti hidup ibu dan di antara sumber daya tindak keluarga (faktor konteksual) dan kualiti hidup ibu. Kesimpulannya, dalam aspek penjagaan kesihatan ibu yang mempunyai anak menghidap penyakit Talasemia, faktor stres, keterukan penyakit anak, penerimaan sokongan sosial dan sumber daya tindak keluarga amat mempengaruhi kualiti hidup mereka. Penggunaan daya tindak keagamaan sangat relevan bagi membantu meningkatkan tahap kualiti hidup ibu yang perlu dititikberatkan di dalam proses intervensi bersama pengamal perubatan di hospital. Malah, dapatan kajian ini turut menyumbang kepada penambahan maklumat ke atas pengetahuan yang sedia ada dalam bidang ilmu Ekologi Keluarga yang mana daya tindak keagamaan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup bukan sahaja untuk ibu sebagai penjaga utama anak Talasemia tetapi untuk semua ahli keluarga termasuklah pesakit Talasemia tersebut.
format Thesis
qualification_level Doctorate
author Mohd Miskam, Hazlina
author_facet Mohd Miskam, Hazlina
author_sort Mohd Miskam, Hazlina
title Perkaitan antara stres, faktor interpersonal, kontekstual dan daya tindak keagamaan terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia
title_short Perkaitan antara stres, faktor interpersonal, kontekstual dan daya tindak keagamaan terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia
title_full Perkaitan antara stres, faktor interpersonal, kontekstual dan daya tindak keagamaan terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia
title_fullStr Perkaitan antara stres, faktor interpersonal, kontekstual dan daya tindak keagamaan terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia
title_full_unstemmed Perkaitan antara stres, faktor interpersonal, kontekstual dan daya tindak keagamaan terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia
title_sort perkaitan antara stres, faktor interpersonal, kontekstual dan daya tindak keagamaan terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak talasemia
granting_institution Universiti Putra Malaysia
publishDate 2018
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75767/1/FEM%202018%2035%20-%20IR.pdf
_version_ 1747813084502687744
spelling my-upm-ir.757672019-11-20T02:18:14Z Perkaitan antara stres, faktor interpersonal, kontekstual dan daya tindak keagamaan terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia 2018-01 Mohd Miskam, Hazlina Kebanyakan kajian terdahulu tertumpu kepada kualiti hidup pesakit Talasemia itu sendiri dan masalah psikologikal yang dihadapi oleh mereka. Namun, kajian seumpama ini sangat terhad ke atas penjaga pesakit terutamanya golongan ibu yang turut dikaitkan sebagai penjaga utama kepada anak yang menghidap penyakit Talasemia dalam keluarga mereka yang mana ia merupakan salah satu jenis penyakit genetik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara stres, faktor interpersonal dan konteksual serta mengkaji kesan daya tindak keagamaan sebagai pengantara di antara hubungan faktor-faktor tersebut terhadap kualiti hidup ibu. Ini penting untuk mengenal pasti faktor-faktor yang boleh meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan ibu yang mempunyai anak Talasemia dan menggunakannya dalam program intervensi untuk penjagaan kesihatan ibu-ibu yang menjaga anak Talasemia tersebut. Secara amnya, objektif kajian ini adalah untuk memerihal ciri demografi ibu dan anak Talasemia, mengkaji perbezaan ciri-ciri demografi ibu dan anak Talasemia terhadap kualiti hidup ibu dan mengkaji hubungan di antara stres, faktor interpersonal (hubungan ibu-anak, penerimaan sokongan sosial dan kepuasan perkahwinan), faktor kontekstual (kebimbangan kewangan, keterukan penyakit anak dan sumber daya tindak keluarga) terhadap kualiti hidup ibu. Kajian juga dilakukan untuk mengenal pasti pemboleh ubah peramal unik yang menyumbang kepada kualiti hidup ibu dan mengkaji samada daya tindak keagamaan merupakan pengantara yang dapat menjelaskan hubungan yang berlaku di antara stres, faktor interpersonal dan konteksual dengan kualiti hidup ibu.Kajian ini dijalankan ke atas 372 orang ibu yang mempunyai anak menghidap penyakit Talasemia yang dipilih daripada 10 buah hospital besar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan teknik persampelan kelompok pelbagai tahap. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melaksanakan kajian korelasi dalam melihat perkaitan antara stres, faktor interpersonal dan konteksual terhadap kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia. Semua instrumen telah diuji kebolehpercayaan dan kesahihannya. Instrumen-instrumen tersebut ialah Short Form 12 (SF 12), Spiritual and Religious Attitudes in Dealing with Illness Short Form 10 (SpREUK- SF10), Parental Stress Scale (PSS), Multidimensional Scale of Perceived Social Support (MSPSS), SCREEM Family Resources Survey (SCREEM-RES), Kansas Marital Satisfaction Scale (KMSS), Economic Pressure Scale (EPS), Severity Assessment Tool (SAT) dan Child-Parent Relationship Scale (CPRS). Perisian IBM SPSS versi 21 digunakan bagi menganalisa statistik inferensi dan perisian IBM SPSS Analysis of Moment Structure (AMOS) versi 20 pula digunakan bagi menganalisa model analisis path. Hasil analisa dalam kajian ini mendapati gabungan lapan pemboleh ubah bebas sebagai faktor peramal berjaya meramalkan 55% varian kualiti hidup dengan daya tindak keagamaan merupakan peramal unik yang mempengaruhi kualiti hidup ibu yang mempunyai anak Talasemia. Selain itu, hasil analisa model pengantaraan bagi stres, faktor interpersonal dan konteksual menunjukkan daya tindak keagamaan menjadi pengantara penuh bagi hubungan di antara stres dan kualiti hidup ibu dan bagi hubungan di antara keterukan penyakit (faktor konteksual) dan kualiti hidup ibu. Manakala daya tindak keagamaan menjadi pengantara separa apabila analisis dibuat ke atas hubungan di antara penerimaan sokongan sosial (faktor interpersonal) dan kualiti hidup ibu dan di antara sumber daya tindak keluarga (faktor konteksual) dan kualiti hidup ibu. Kesimpulannya, dalam aspek penjagaan kesihatan ibu yang mempunyai anak menghidap penyakit Talasemia, faktor stres, keterukan penyakit anak, penerimaan sokongan sosial dan sumber daya tindak keluarga amat mempengaruhi kualiti hidup mereka. Penggunaan daya tindak keagamaan sangat relevan bagi membantu meningkatkan tahap kualiti hidup ibu yang perlu dititikberatkan di dalam proses intervensi bersama pengamal perubatan di hospital. Malah, dapatan kajian ini turut menyumbang kepada penambahan maklumat ke atas pengetahuan yang sedia ada dalam bidang ilmu Ekologi Keluarga yang mana daya tindak keagamaan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup bukan sahaja untuk ibu sebagai penjaga utama anak Talasemia tetapi untuk semua ahli keluarga termasuklah pesakit Talasemia tersebut. Thalassemia - Psychological aspects - Case studies 2018-01 Thesis http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75767/ http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/75767/1/FEM%202018%2035%20-%20IR.pdf text ms public doctoral Universiti Putra Malaysia Thalassemia - Psychological aspects - Case studies