Pengaruh tingkah laku, amalan pengajaran dan tahap profesionalisme guru terhadap peningkatan kreativiti pelajar dalam mata pelajaran reka cipta

Tahap kreativiti pelajar dapat ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Walaupun kreativiti diakui penting, namun menerusi kajian lalu menunjukkan tahap kreativiti pelajar masih berada di tahap yang rendah dan guru-guru sebahagian besar tidak berusaha untuk memupuk kreativ...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad, Kartini
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76227/1/FPP%202017%2042%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tahap kreativiti pelajar dapat ditingkatkan melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Walaupun kreativiti diakui penting, namun menerusi kajian lalu menunjukkan tahap kreativiti pelajar masih berada di tahap yang rendah dan guru-guru sebahagian besar tidak berusaha untuk memupuk kreativiti pelajar. Kajian ini dijalankan bertujuan melihat pengaruh guru terhadap peningkatan kreativiti dalam kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran reka cipta menerusi skop yang lebih kecil. Tiga faktor guru yang dikaji menerusi kajian ini bagi melihat pengaruhnya terhadap kreativiti pelajar ialah pengaruh tingkah laku, amalan pengajaran dan tahap profesionalisme. Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan ke atas 190 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil reka cipta sebagai elektif yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan pelajar sangat setuju dengan tingkah laku yang guru tunjukkan dengan nilai min 3.44 (SP = 0.44). Pelajar juga setuju dengan amalan pengajaran dan tahap profesionalisme guru mereka dengan nilai min masing-masing 3.23 (SP=0.45) dan 3.19 (SP=0.39). Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar reka cipta tingkatan empat ini memiliki kreativiti jenis kelancaran, diikuti fleksibiliti dan seterusnya komponen keaslian. Hasil analisis korelasi menunjukkan tidak terdapat hubungan antara tingkah laku dan amalan pengajaran dengan kreativiti pelajar. Walaubagaimanapun terdapat hubungan positif yang lemah antara tahap profesionalisme (r=.200) dengan kreativiti pelajar. Keputusan analisis regrasi berganda pula menunjukkan tahap profesionalisme menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan kreativiti pelajar. Justeru itu, penting bagi guru yang mengajar reka cipta dan pihak sekolah mengetahui faktor yang mempengaruhi kreativiti pelajar.