Hubungan kesediaan guru vokasional menghadapi perubahan, sokongan pentadbir dan komitmen terhadap organisasi

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kesediaan menghadapi perubahan dan sokongan pentadbir dengan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan guru vokasional di kolej vokasional sekitar negeri Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Responden terdiri daripada 242 guru vokasional yang di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Azhar, Azleen Shuhaida
Format: Thesis
Language:English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76237/1/FPP%202018%2015%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kesediaan menghadapi perubahan dan sokongan pentadbir dengan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan guru vokasional di kolej vokasional sekitar negeri Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Responden terdiri daripada 242 guru vokasional yang dipilih menggunakan teknik persampelan proportionate stratified random sampling daripada 12 kolej vokasional yang terlibat. Soal selidik yang diedarkan diadaptasi daripada gabungan enam soal selidik iaitu Teacher Self Efficacy Scale (TSES), Teachers’ Self-Efficacy Beliefs for Technology Integration (TSEBTI), Teaching Engineering Self-Efficacy Scale (TESS), the inventory of attitudes toward change dan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ). Analisis kajian menunjukkan tahap kesediaan guru vokasional menghadapi perubahan berada di tahap tinggi (M=3.84, SP=0.37). Dimensi yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan menghadapi perubahan organisasi adalah efikasi kendiri umum (M=4.16, SP=0.36), efikasi kendiri bidang vokasional (M=4.15, SP=0.43) dan sikap terhadap perubahan (M=3.23, SP=0.61). Kajian juga mendapati sokongan pentadbir berada di tahap tinggi (M=3.73, SP=0.52). Namun tahap komitmen terhadap organisasi guru vokasional berada di tahap sederhana (M=3.44, SP=0.42). Dapatan analisis korelasi Pearson menunjukkan pengalaman mengajar (r=0.13, p=0.01) mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap komitmen terhadap organisasi. Manakala terdapat hubungan yang signifikan antara tahap komitmen terhadap organisasi dengan tahap kesediaan guru vokasional menghadapi perubahan (r=0.47, p=0.00), efikasi kendiri umum (r=0.16, p=0.01), efikasi kendiri guru dalam bidang vokasional (r=0.18, p=0.01), sikap terhadap perubahan (r=0.54, p=0.00) dan sokongan pentadbir (r=0.34, p=0.00). Akhir sekali, analisis regrasi kajian menunjukkan efikasi kendiri umum, efikasi kendiri bidang vokasional, sikap terhadap perubahan dan sokongan pentadbir hanya boleh menerangkan 31 peratus peningkatan komitmen terhadap organisasi. Walau bagaimanapun, hanya sikap terhadap perubahan sahaja merupakan faktor terpenting bagi komitmen terhadap organisasi.