Amalan pengajaran guru dan kreativiti pelajar terhadap strategi peluang perniagaan dalam kalangan pelajar pengajian keusahawanan Sekolah Menengah Teknik

Pemikiran yang kreatif dan amalan pengajaran guru sangat berkait rapat dengan strategi mengenal pasti peluang perniagaan. Kreativiti dan ilmu pengetahuan yang didapati melalui pengajaran guru yang kreatif mampu melahirkan pelajar yang berjaya dalam bidang perniagaan. Kajian ini bertujuan untuk mengk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Mustafa, Ummi Aishah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76260/1/FPP%202018%2024%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pemikiran yang kreatif dan amalan pengajaran guru sangat berkait rapat dengan strategi mengenal pasti peluang perniagaan. Kreativiti dan ilmu pengetahuan yang didapati melalui pengajaran guru yang kreatif mampu melahirkan pelajar yang berjaya dalam bidang perniagaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi yang digunakan oleh pelajar dalam mengenal pasti peluang dalam perniagaan, tahap kreativiti pelajar dan amalan pengajaran guru dalam Pengajian keusahawanan. Kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kreativiti pelajar dan amalan pengajaran guru dengan strategi mengenal pasti peluang perniagaan pelajar sekolah teknik. Responden terdiri daripada 194 pelajar tingkatan 5 aliran perdagangan Sekolah Menengah Teknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik dan Ujian Kreativiti Torrance. Pemilihan sampel dibuat secara rawak berkadaran. Dapatan kajian melalui analisis deskriptif menunjukkan pelajar sekolah menengah teknik menunjukkan cenderung untuk memilih strategi pemerolehan pengetahuan (M=4.22, SP=.47) berbanding strategi kreativiti dalam mengenal pasti peluang dalam perniagaan. Selain itu, hasil Ujian Kreativiti Torrance kreativiti pelajar secara keseluruhannya berada pada tahap yang cemerlang. Manakala, amalan pengajaran guru pula menunjukkan keseluruhan pelajar setuju dengan amalan penerapan kreativiti dan pedagogi mengenal pasti peluang perniagaan dengan (M=3.80, SP=.47). Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan tiada hubungan yang signifikan antara kreativiti pelajar dengan strategi mengenal pasti peluang perniagaan pelajar [r (192) = .059, p<.417] tetapi terdapat hubungan yang signifikan [r (192) = .395, p<.0.001] antara amalan pengajaran guru dengan strategi mengenal pasti peluang perniagaan pelajar. Kesimpulannya, kajian ini mendapati pelajar lebih cenderung memilih strategi perniagaan dengan menggunakan pengetahuan yang didapati melalui pengajaran guru. Oleh itu, guru, pihak pentadbir di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam merancang dan melaksanakan pedagogi yang berkesan di peringkat awal agar mereka dapat menjana idea perniagaan yang berdaya maju bagi memulakan perniagaan kelak.