Hubungan antara amalan kepemimpinan transformasi dengan komitmen perubahan organisasi dan kepuasan kerja sebagai pengantara dalam kalangan tenaga pengajar kolej komuniti

Agenda Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menyebabkan kolej komuniti mengalami perubahan sistem pendidikan secara menyeluruh. Memandangkan transformasi PLTV masih dalam fasa perlaksanaan, maka timbul persoalan tentang komitmen pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ab Rahman, Rosmilawati
Format: Thesis
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/76272/1/FPP%202018%2035%20-%20IR.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agenda Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) yang diperkenalkan oleh kerajaan telah menyebabkan kolej komuniti mengalami perubahan sistem pendidikan secara menyeluruh. Memandangkan transformasi PLTV masih dalam fasa perlaksanaan, maka timbul persoalan tentang komitmen perubahan organisasi yang diberikan oleh pengajar dalam melaksanakan transformasi PLTV serta kepuasan kerja mereka, dan amalan kepemimpinan transformasi yang dipraktikkan oleh pengarah dalam mengurus transformasi PLTV di kolej komuniti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pengajar kolej komuniti terhadap tahap dimensi amalan kepemimpinan transformasi pengarah, kepuasan kerja dan komitmen perubahan organisasi dalam kalangan pengajar bagi melaksanakan transformasi PLTV. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara dimensi amalan kepemimpinan transformasi dengan komitmen perubahan organisasi dalam kalangan pengajar kolej komuniti serta peranan kepuasan kerja sebagai pengantara dalam hubungan tersebut. Kajian tinjauan ini melibatkan 330 orang pengajar kolej komuniti di Semenanjung Malaysia yang diperoleh melalui teknik pensampelan rawak kelompok. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik di mana amalan kepemimpinan transformasi pengarah diukur dengan menggunakan Principle Leadership Questionnaire. Kepuasan kerja pengajar diukur menggunakan Job Satisfaction Survey dan komitmen perubahan organisasi dalam kalangan pengajar diukur menggunakan Commitment to Change Scale. Analisis deskriptif menunjukkan tahap amalan berpegang kepada pengharapan jangkaan prestasi yang tinggi, membangunkan visi yang dikongsi bersama, membina kesepakatan matlamat dan model tingkah laku dalam kalangan pengarah adalah tinggi. Manakala tahap amalan mengukuhkan budaya kolej, menyediakan rangsangan intelektual menyediakan sokongan secara individu dan membangunkan struktur kolaborasi adalah sederhana. Tahap komitmen perubahan organisasi dan kepuasan kerja dalam kalangan tenaga pengajar pula adalah tinggi. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kesemua dimensi amalan kepemimpinan transformasi yang dikaji dengan komitmen perubahan organisasi. Keputusan Analisis Regresi Pelbagai Stepwise mendapati amalan model tingkah laku, berpegang kepada pengharapan jangkaan prestasi yang tinggi, menyediakan rangsangan intelektual, membangunkan struktur kolaborasi dan mengukuhkan budaya kolej merupakan peramal terbaik yang menyumbang kepada komitmen perubahan organisasi dalam kalangan pengajar bagi melaksanakan transformasi PLTV di kolej komuniti. Hasil analisis pengantara pula mendapati kepuasan kerja pengajar berperanan sebagai pengantara separa dalam hubungan antara kesemua dimensi amalan kepemimpinan transformasi pengarah dengan komitmen perubahan organisasi dalam kalangan tenaga pengajar bagi melaksanakan transformasi PLTV. Dapatan kajian ini mengukuhkan pemahaman tentang pentingnya peranan kepemimpinan transformasi pengarah dan kepuasan kerja tenaga pengajar sebagai mediator separa yang didapati boleh mempengaruhi komitmen perubahan organisasi pengajar dalam melaksanakan transformasi PLTV. Kajian ini memberikan sumbangan kepada teori yang digunakan dalam kajian iaitu dalam konteks melaksanakan perubahan organisasi PLTV, elemen dimensi amalan kepemimpinan transformasi dan faktor kepuasan kerja tenaga pengajar yang dikaji perlu wujud bagi menentukan komitmen perubahan organisasi dalam kalangan tenaga pengajar.