Kesan kaedah pembelajaran koperatif jigsaw II terhadap pencapaian pembelajaran gaya bahasa teks puisi tradisional dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional

Isu yang sentiasa dibangkitkan dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu ialah mengenai masalah untuk memahami teks sastera di samping persekitaran pembelajaran yang kurang memberangsangkan. Selain itu, masalah guru-guru yang masih kurang pengetahuan mengenai tahap pelaksanaan teknik Jigsaw II meny...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Diyazid, Nur Syaza Farha
Format: Thesis
Language:English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/77533/1/FPP%202019%208%20ir.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu yang sentiasa dibangkitkan dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu ialah mengenai masalah untuk memahami teks sastera di samping persekitaran pembelajaran yang kurang memberangsangkan. Selain itu, masalah guru-guru yang masih kurang pengetahuan mengenai tahap pelaksanaan teknik Jigsaw II menyebabkan teknik ini masih jarang digunakan dalam pembelajaran. Pada hari ini, masih terdapat guru-guru yang menggunakan kaedah pembelajaran tradisional menyebabkan para pelajar berasa bosan dan sukar untuk menguasai intipati yang cuba disampaikan melalui teks sastera. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kesan kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw II terhadap pelaksanaan kemahiran membaca teks sastera untuk meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pembelajaran gaya bahasa teks sastera melalui 5 tahap pelaksanaan Jigsaw II yang telah digariskan oleh Slavin (1995). Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuasi-eksperimen yang terdiri daripada 25 orang pelajar kumpulan kawalan dan 25 orang pelajar kumpulan eksperimen di Kolej Vokasional Setapak. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan markah ujian pasca antara kumpulan kawalan (M= 2.88, SP= 1.234) dengan kumpulan eksperimen [M= 4.96, SP= 1.594, t(48)= -5.16, p= .000 < 0.05]. Oleh itu, hasil dapatan ini menunjukkan bahawa teknik Jigsaw II membantu meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pembelajaran gaya bahasa teks puisi tradisional.